> Ketahui tip hindari kemurungan...jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalan!
Ketahui tip hindari kemurungan...jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalan!
DR. RAFIDAH AGA MOHD. JALADIN Selasa | 5 Mac 2019

Apabila masalah datang bertubi-tubi dan sokongan dari insan-insan tersayang tidak diperoleh maka terjadilah gangguan-gangguan mental yang boleh mengancam seseorang itu dan boleh menyebabkan orang lain terancam dan tercedera. Salah satu daripada gangguan mental tersebut dinamakan kemurungan.

Kemurungan membawa padah sekiranya ia berlarutan dan tidak difahami dan ditangani dengan bijaksana. Justeru, setiap individu perlu menimba ilmu untuk memperoleh kefahaman yang jelas terhadap isu kemurungan ini terutamanya dalam kalangan wanita.

Awas, kemurungan boleh membunuh.

Kemurungan akan membuatkan kualiti hidup seseorang berada pada tahap yang sangat rendah. Individu merasa tiada keseronokan dalam hidup dan tiada dirasai makna dan nikmat kehidupan.

Kesan kemurungan juga boleh mengakibatkan seseorang itu mempunyai idea untuk membunuh diri, membuat cubaan untuk membunuh diri, dan mengambil tindakan membunuh diri.

Yang paling ditakuti, kemurungan boleh mengakibatkan seseorang jadi pembunuh (kegiatan jenayah), yang sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, jiran tetangga ataupun ahli komuniti.

Menurut perspektif psikologi kaunseling, tanda-tanda boleh dikesan dari 3 aspek iaitu; perasaan, emosi, dan tingkah laku. Dari segi perasaan atau emosinya, wujud perasaan sedih (sad) yang kadangkala berlarutan dan terlampau, jiwa kosong (empty), tiada harapan (hopeless) dan tiada siapa yang boleh bantu dirinya (helplessness).

Bagi merawat kemurungan, ia perlu dikenal pasti dan diberikan diagnosis sebelum rawatan dapat diberikan. Individu yang mempunyai penyakit ini, boleh memilih untuk mendapat bantuan profesional melalui:

1.Psikoterapi atau kaunseling (talking therapy)

2.Penggunaan ubat

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap keseriusan simptom yang dialami. Pada kebiasaannya, bagi kes sederhana atau berat, kombinasi terapi boleh digunakan untuk merawat pesakit. Kajian telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan apabila kombinasi rawatan digunakan.

Peranan masyarakat dan orang sekeliling sangat penting dalam membantu memulihkan kemurungan.

Selain, itu terdapat beberapa langkah pencegahan dalam masalah kemurungan ini. Antaranya melalui:

1.Pemakanan- individu perlu memilih makanan yang sihat dan memberi tenaga positif kepada mood individu terbabit

2.Pergerakan- individu perlu memaksa diri untuk membuat apa-apa pergerakan walaupun sekadar memaksa diri untuk bangun dari katil, menyapu sampah atau turun naik tangga.

3.Pergaulan dan perhubungan- mempunyai pergaulan yang sihat dan perhubungan yang menyokong bukan mengongkong.

4.Tingkah laku positif seperti melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau hobi- melakukan aktiviti yang buatkan diri merasa seronok, seperti sesuatu yang berkaitan dengan hobi dan mencuba melakukan aktiviti tersebut menjadi rutin harian.

5.Mencabar pemikiran yang negatif- pendekatan psikologi ini memerlukan kekuatan dalaman sebab ia melibatkan self-talk, self-reminder, dan self-confrontation.

Rafidah Aga Mohd. Jaladin.

Keluarga dan masyarakat memainkan peranan yang penting bagi membantu individu yang menghadapi masalah kemurungan.

Masyarakat amnya perlu mengambil kisah dan ambil peduli tentang isu kemurungan ini dengan menanamkan semula sikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang lain.

Penulis merupakan Kaunselor Berdaftar (KB0196, PA0300), Ahli Eksekutif Persatuan Kaunseling Malaysia (2015-2019), dan Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...