> > Tarikh penting permohonan UPU Online Sesi 2019/2020
Tarikh penting permohonan UPU Online Sesi 2019/2020
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 5 Mac 2019

Setiap tahun, Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke pusat pengajian tinggi dalam negara.

Tujuan utama sistem UPU dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat permohonan secara atas talian.

Anda perlu tahu bahawa:

1) Kemasukan ke universiti awam melalui sistem ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

2) Pemohon perlu membeli nombor pin unik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN).

3) Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Ini kerana setiap pusat pengajian tinggi menetapkan syarat minima untuk melanjutkan pengajian di institusi masing-masing.

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2010 Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UPU.

25 Februari 2019 Jualan Unik ID Dibuka
25 Februari 2019 Permohonan UPUOnline dibuka
01 April 2019 Jualan Unik ID ditutup
02 April 2019 Permohonan UPUOnline ditutup
17 - 20 April 2019 Semakan panggilan temu duga lepasan SPM
21 - 29 April 2019 Temu duga lepasan SPM dimulakan
10 - 14 Mei 2019 Semakan panggilan temu duga bukan pendidikan dan panggilan ujian Medsi lepasan SPM/ setaraf
15 - 19 Mei 2019 Ujian Medsi dimulakan
15 Mei - 28 Jun 2019 Temu duga bukan pendidikan lepasan STPM/ setaraf
Minggu ke-2 Mei 2019 Hebahan keputusan kemasukan untuk lepasan SPM dan rayuan kemasukan ke UA dan politeknik primer dibuka
Mei 2019 Rayuan permohonan lepasan SPM ditutup. (Dalam tempoh 5 hari bekerja daripada hebahan keputusan diumumkan)
Minggu ke-3 Jun 2019 Semakan panggilan temu duga/ ujian khas program Pendidikan Lepasan STPM/ setaraf
Jun 2019 Temu duga pendidikan lepasan STPM/ setaraf
Minggu ke-4 Jun 2019 Hebahan keputusan bagi rayuan lepasan SPM
Jun 2019 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) dibuka
Julai 2019 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) ditutup
Minggu akhir Julai 2019 Hebahan keputusan bagi lepasan STPM dan setaraf dan permohonan rayuan kemasukan STPM dan setaraf
Ogos 2019 Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/setaraf ditutup (Dalam tempoh 10 hari bekerja daripada hebahan keputusan diumumkan)
Minggu akhir Ogos 2019 Hebahan keputusan permohonan kemasukan STPM/setaraf rayuan Fasa 1
Minggu ke-3 September 2019 Hebahan keputusan permohonan kemasukan STPM/setaraf rayuan Fasa 2


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...