> > Ekspedisi ke Gua Batu Maloi, pengalaman berharga buat jawatankuasa EKSA PMM
Ekspedisi ke Gua Batu Maloi, pengalaman berharga buat jawatankuasa EKSA PMM
WAN MALINI WAN ABD. RAZAK Selasa | 5 Mac 2019

JOHOL – Seramai 21 orang staf yang merupakan ahli Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah menyertai Program Ekspedisi ke Gua Batu Maloi, Johol Negeri Sembilan, baru-baru ini bagi menerokai gua tersebut.

Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA PMM, Arman Md Said berkata, program tersebut merupakan aktiviti wajib bagi Jawatankuasa EKSA yang bertujuan untuk menyemai semangat kekitaan dalam mengekalkan prestasi dan pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU yang telah diperoleh pada Julai tahun lalu.

Trek yang mencabar dilalui oleh para peserta.

“Gua Batu Maloi ini merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang membentuk laluan di celah batu. Laluan ini terdiri daripada 80% kawasan berair dan perlu melawan arus sungai bagi mengharungi perjalanan sepanjang ekspedisi. Trek gua ini juga sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutamanya setiap kali hujan lebat,” katanya.

Arman (kanan) bersama jawatankuasa EKSA di salah satu checkpoint Gua Batu Maloi.

Ujarnya lagi, sepanjang menyelusur gua ini, peserta perlu meredah trek yang menguji mental & fizikal. Antara cabaran yang perlu ditempuhi ialah peserta perlu menyelam, melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, memanjat, berenang dalam arus yang deras di celah-celah batu.

Para peserta yang telah selesai mengharungi 21 check point yang ditetapkan.

Menurut Arman lagi, terdapat seorang pegawai yang cedera ringan, walau bagaimanapun, dengan bantuan rakan sepasukan, peserta tersebut tetap bersemangat dan berjaya menghabiskan 24 check point sepanjang 2.38 kilometer.

Gua Batu Maloi merupakan tempat tumpuan pelancongan terutama bagi mereka yang meminati aktiviti lasak.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...