> > Permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/2020
Permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/2020
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 5 Mac 2019

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM yang mana 90 peratus adalah Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Kepada pelajar lepasan SPM 2018, Permohonan Program Matrikulasi dibuka bermula 25 Februari 2019 sehingga 19 April 2019. Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara online.

Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2019/2020

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Matrikulasi

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar borang permohonan online bermula dari 25 Februari 2019 sehingga tarikh tutup pada 19 April 2019.

Klik di sini untuk maklumat lanjut: Maklumat Permohonan Online Kolej Matrikulasi

Cara Memohonan Kolej Matrikulasi Secara Online Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).

Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM10 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Klik di sini: Panduan Permohonan

Klik di sini: Buat Permohonan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...