> > Kejohanan Silat Negeri Melaka 2019: Pencak mahasiswa UTeM membuahkan dua emas, satu perak
Kejohanan Silat Negeri Melaka 2019: Pencak mahasiswa UTeM membuahkan dua emas, satu perak

MAHASISWA Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Kelab Pencak Silat telah berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Melaka 2019 yang diadakan baru-baru ini.

Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Melaka selama tiga hari tersebut telah diadakan di Sekolah Sukan Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Bukit Serindit, Melaka.

Para peserta silat sedang beraksi sewaktu kejohanan tersebut. (FOTO UTEM)

Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan, kejohanan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka tersebut adalah untuk mencari dan memupuk bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili negeri Melaka.

"Para peserta yang terpilih bakal bersaing mewakili negeri Melaka ke Pertandingan Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Pahang pada penghujung Mac ini," katanya.

Pasukan UTeM bergambar kenangan-kenangan selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah. (FOTO UTEM)

Tambahnya, seramai tiga dari enam orang ahli Kelab Pencak Silat UTeM iaitu Fatin Hazeerah Zaimee dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah meraih pingat emas bagi kelas A.

“Sementara itu Nurul Fadiah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah meraih pingat emas bagi kelas B manakala Amierul Daniel Mohammad Hanafiah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) pula telah menerima pingat perak bagi Kelas A,” ujarnya lagi.

Mereka yang menerima pingat tersebut secara langsung terpilih untuk mewakili negeri Melaka ke Pertandingan Silat Kebangsaan tersebut bersama wakil dari enam lagi persatuan yang turut sama bertanding pada kejohanan tersebut.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...