> > Kerana belum dapat pekerjaan, anak parah dipukul bapa guna tukul
Kerana belum dapat pekerjaan, anak parah dipukul bapa guna tukul
NORMAWATI ADNAN Selasa | 5 Mac 2019

PARIT BUNTAR - Seorang graduan parah selepas dipukul bapanya menggunakan tukul besi dianggarkan seberat 1.4 kilogram dalam satu kejadian di sebuah rumah di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, semalam.

Kejadian antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 24 tahun sedang membaca al-Quran sementara bapanya baru pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam sekitar jam 7.25 malam.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, mangsa yang sedang mengaji didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

"Siasatan awal kita mendapati, bapa mangsa berusia 58 tahun dan bekerja sebagai tukang rumah itu bertindak demikian kerana mangsa masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah memperolehi ijazah dalam jurusan akauntan," katanya.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala sementara bapanya yang menyesal bertindak mencederakan diri dengan menghantukkan kepala ke dinding rumah menyebabkannya menerima lima jahitan di kepala.

"Lelaki itu turut mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri, dia bagaimanapun berjaya ditahan polis ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar," katanya.

Omar Bakhtiar berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius kesan hentakan dan pukulan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

"Perintah reman terhadap bapa mangsa akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian difahamkan, sejurus selepas kejadian, bapa mangsa cuba bertindak melarikan diri menggunakan motosikal, namun terbabas dan melanggar sebuah kedai.

Dia yang dibawa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar kemudiannya ditahan polis di hospital berkenaan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...