> > Kesatuan Kakitangan Akademik USAS beri tempoh tujuh hari mohon maaf
Kesatuan Kakitangan Akademik USAS beri tempoh tujuh hari mohon maaf
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 6 Mac 2019

KUALA KANGSAR - Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menafikan laporan berita salah sebuah portal tempatan mendakwa pihaknya bersekongkol dengan ahli politik tertentu bersabit pendedahan salah urus tanah milik universiti itu.

Presidennya, Mohd Zulfahmi Mohamad berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran fitnah tersebut yang mengaitkannya selaku Presiden dan Timbalan Presiden, Dr Faizal Abd Khir.

“Untuk makluman, barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Akademik telah dan sentiasa berusaha mengembalikan suasana harmoni dengan kepimpinan utama USAS serta Ahli Lembaga Universiti.

“Bahkan setelah berita ini tersebar, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik telah bertemu dan memaklumkan kepada Yang Berbahagia Naib Canselor hasrat bagi membuat kenyataan media ini bagi menjawab fitnah ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Tambahnya lagi, Kesatuan Kakitangan Akademik USAS juga melahirkan rasa kesal atas tuduhan berterusan yang mengaitkan mereka dengan penghantaran memorandum bersama yang dihantar ke Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini.

“Pihak kami menafikan kaitan dengan dakwaan tersebut dan suka diingatkan di sini, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik telah mencapai persetujuan bagi menyatakan sokongan kepada Naib Canselor bagi terus mengemudi USAS.

“Satu laporan polis telah dibuat bersabit penulisan artikel tersebut dan sehubungan dengan itu, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik mendesak penulis artikel tersebut memohon maaf secara rasmi kepada pihak Kesatuan Kakitangan Akademik dan menarik balik artikel tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kenyataan media ini dibuat,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...