> > Jom sertai Golden Ride Poly CC 2019 pada 23 Mac ini!
Jom sertai Golden Ride Poly CC 2019 pada 23 Mac ini!
TS. ZULHIKMI ZALI Rabu | 6 Mac 2019

IPOH - 500 peserta berbasikal dijangka menyertai Golden Ride Poly CC 2019, bermula di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini, pada 23 Mac ini.

Program anjuran Politeknik Ungku Omar bersama Kolej Komuniti Lenggong (KKL) dan Darul Ridzuan Cycling Club (DRCC) dengan kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia.

Norida Mohammad Noor, Setiausaha Programnya berkata, kayuhan berbasikal sejauh 25 kilometer bermula dari PUO ke Ulu Kinta dan berpatah balik ke PUO di bawah kategori terbuka bagi semua jenis basikal yang mana pendaftaran masih dibuka.

Laluan kayuhan yang unik dan santai ini diawasi oleh kumpulan marsyal skuter elektrik LIMA yang terlatih. Keselamatan, kawalan trafik dan pemantauan peserta untuk tujuan memberi bantuan kecemasan dan kecederaan serta bantuan-bantuan sokongan yang lain dibantu oleh Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Untuk memastikan kayuhan ini menarik kelajuan kayuhan peserta akan dikawal oleh marsyal berbasikal untuk berkayuh di dalam kelompok yang santai dan selamat.

Dengan yuran penyertaan RM70, peserta layak menerima baju-T edisi terhad 50 tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia, nombor plat, medal, beg goodies, kemudahan di stesen air, kemudahan broom, makanan dan minuman, sijil penyertaan dan cabutan bertuah, manakala bagi yuran penyertaan RM100 peserta layak menerima jersi basikal edisi terhad 50 tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia.

"Bagi memeriahkan acara, peserta yang berdaftar layak memenangi hadiah cabutan bertuah menarik yang disediakan. Antara hadiah cabutan bertuah adalah barangan elektrik seperti TV 40 inci, TV 32 inci, basikal, alatan senaman, barangan emas wanita serta lain-lain lagi sumbangan dari Syarikat LIMA Malaysia (Cawangan Ipoh), Fast Power Oil, Daun Rimbun, Kemas Emas Rozita (Ipoh), Welmart, MME Travels & Tours dan ANF Sdn Bhd. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 22 Mac 2019 secara walk in ini adalah mengikut terma dan syarat,” katanya.

Maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Golden Ride 2019.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...