> > Laluan khas bagi kemasukan ke IPTA disambut baik orang asli Kelantan
Laluan khas bagi kemasukan ke IPTA disambut baik orang asli Kelantan
AKMALIAH RAZAK Rabu | 6 Mac 2019

GUA MUSANG - Masyarakat orang asli Kelantan menyambut baik cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberikan laluan khas kemasukan pelajar orang asli ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Aktivisnya, Nasir Dollah berkata, langkah berkenaan dianggap tepat bagi memastikan kemasukan lebih ramai anak-anak orang asli di IPTA dalam memastikan aspek pendidikan diberi keutamaan.

Menurutnya, jika kerajaan menggunakan kaedah sistem demerit dan perlu bersaing dalam kelompok sesama masyarakat orang asli, lebih ramai pelajar orang asli layak ke IPTA.

“Sebelum ini, tiada ruang khusus dan anak-anak kami terpaksa bersaing dengan pelajar arus perdana. Keadaan ini sememangnya menyukarkan anak-anak kami untuk meneruskan pengajian mereka. Saya berharap ruang dan peluang yang diberikan kerajaan ini dapat digunakan sebaik mungkin.

“Selain itu, saya berharap kerajaan dapat mengkaji cadangan supaya membina sekolah darjah satu hingga tiga di setiap pos pedalaman bagi mengelakkan keciciran. Ada segelintir masyarakat kami masih tidak yakin dengan pengurusan pihak sekolah akibat tragedi kehilangan tujuh murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi beberapa tahun lalu,” katanya.

Nasir yang juga Ahli Majlis PH Kelantan berkata, kementerian tidak perlu membina bangunan baharu kerana murid boleh belajar di pondok khas sahaja.

“Isu tenaga pengajar, jika tiada yang berminat masuk ke pedalaman untuk mengajar, kami sedia mengajar sendiri dan pengambilan tenaga pengajar dari lepasan SPM dan STPM.

“Sejujurnya, kanak-kanak berusia tujuh lapan tahun tidak dapat menguruskan diri di asrama dan hanya pulang ke kampung tiga atau empat kali sahaja dalam setahun.

“Ini bukan faktor malas belajar seperti yang diuar-uarkan tetapi lebih kepada risiko keselamatan. Hanya anak orang asli sahaja yang perlu mengikuti prosedur ini sedangkan kaum lain tidak,” katanya lagi.

Terdahulu Kementerian Pendidikan menyediakan laluan khas kepada empat golongan memasuki universiti awam. Mereka ialah orang kurang upaya (OKU), orang asli, pelajar isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan atlet negara.

Menterinya, Dr Maszlee berkata, kumpulan terbabit tidak perlu bersaing dengan calon dari kumpulan arus perdana dan hanya perlu memenuhi syarat khas yang sudah ditetapkan oleh universiti awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan Universiti Awam disediakan

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan khas untuk 4 golongan ke UA: Johor sambut baik langkah KPM


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...