> > USAS umum pelantikan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti baharu
USAS umum pelantikan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti baharu
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 6 Mac 2019

PERAK - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menerusi satu kenyataan medianya memaklumkan pelantikan ahli-ahli baharu Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dengan Pengerusi baharunya, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Menurut kenyataan tersebut, Lembaga Pengarah Universiti juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terutama kepada bekas Pengerusi, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir berserta ahli-ahli Lembaga penggal sebelum ini yang telah berkhidmat tanpa mengenal penat lelah dalam sumbangan positif terhadap universiti ini, lebih-lebih lagi dalam memastikan kerja menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) menjadi universiti penuh, iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) tercapai dengan jayanya pada tahun 2016.

Lembaga Pengarah yang baharu amat komited untuk memastikan institusi pendidikan ini terus mengamalkan standard urus tadbir korporat yang terbaik. Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut diambil dengan hasrat serta niat yang tinggi untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.

Berikut merupakan senarai ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti bagi penggal 2019 - 2021:

1. Pengerusi: YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin (Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak)

2. YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia)

3. YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim (Orang Besar 8 Perak)

4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

5. YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti (Orang Besar 8 Perak dan Felo Universiti Oxford)

6. YB. Dr. Abdul Aziz Bari (Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Perak)

7. YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty (Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu)

8. YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad (Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...