> TEMPAT LEPAK > Kreativiti rojak dalam talam, rupa-rupanya idea kelainan ini tercetus daripada...
Kreativiti rojak dalam talam, rupa-rupanya idea kelainan ini tercetus daripada...
BERNAMA Rabu | 6 Mac 2019

KULIM - Kreativiti menjadi resipi utama seorang peniaga makanan di Kampung Nob, di sini dalam menyajikan hidangan istimewanya ‘rojak talam’ yang pasti menimbulkan perasaan ingin mencuba kepada sesiapa yang melihatnya.

Rojak atau campuran hirisan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan dengan kuah bukanlah makanan yang asing dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Namun, menyajikannya di dalam talam dan dinikmati secara beramai-ramai bukan cara penyediaan yang sinonim dengan makanan itu. Itulah idea Nor Hanisah Ghazali, 34, yang memberikan kelainan dalam menyediakan makanan itu untuk menarik pelanggan ke gerainya, Gerai ABC Sungai Kob.

Nor Hanisah berkata, rojak talam yang dihasilkannya mengandungi campuran lebih 10 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara yang sekali gus menjadikan ia berwarna-warni dan memukau selera.

"Saya menggunakan buah seperti mangga muda dan ranum, jambu air, jambu batu, timun, sengkuang, kedondong, belimbing, betik, nanas, serta epal.

"Kesemua buah yang saya guna dalam hidangan rojak talam istimewa juga adalah segar, bagi memastikan pelanggan berpuas hati menikmatinya," katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di sini, baru-baru ini.

Katanya, dengan menghidangkan di dalam talam, pelanggan dapat menikmati makanan itu dengan lebih santai dan boleh memilih buah-buahan atau sayur-sayuran yang hendak dimakan dengan lebih mudah kerana kuahnya tidak digaul sekali dengan buah bagi mengelakkan kuah menjadi cair.

Menurut Nor Hanisah, idea untuk menghasilkan rojak talam itu tercetus selepas terbaca sebuah artikel mengenai penggunaan talam dalam menghidangkan makanan mampu mengeratkan hubungan antara manusia.

Beliau seterusnya mencubanya dengan menyediakan rojak dalam talam yang akhirnya berjaya menarik pelanggan yang datang dari daerah ini dan serata Kedah.

Katanya, setiap hidangan rojak itu dijual pada harga RM12 yang disifatkannya amat berbaloi untuk dinikmati kerana pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dalam satu talam.

Gerai ABC Sungai Kob yang turut menyediakan air batu campur berasaskan buah, jus buah dan hidangan sampingan lain milik Nor Hanisah itu terletak di Jalan Kulim-Mahang, kira-kira 10 kilometer dari bandar Kulim dan dibuka mulai 10 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali Jumaat. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...