> CETUSAN > Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya bukti kemenangan suara siswa
Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya bukti kemenangan suara siswa
JAMALIAH JAMALUDDIN Khamis | 7 Mac 2019

PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada suara siswa dan mahasiswa-mahasiswa pada Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (UM) pada 5 Mac lalu yang membuktikan kepada kami bahawa perubahan boleh hadir melalui kepercayaan terhadap kuasa mahasiswa serta hak bersuara.

Keduanya, saya terasa amat bangga apabila buat pertama kalinya pilihan raya kampus ini diatur dan dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri, dengan kuasa autonomi yang telah diberikan kepada mereka.

Di sinilah, kita dapat melihat mahasiswa kita bekerja keras bagi memastikan pilihan raya ini berjalan dengan adil dan bersih.

Tempoh berkempen telah dilanjutkan dari tiga hari kepada tujuh hari. Sistem undi turut bertukar daripada sistem E-Undi kepada sistem pengundian kertas.

Dan semestinya perubahan yang paling signifikan, apabila mahasiswa dibenarkan untuk membentuk gabungan politik mahasiswa secara terbuka. Ini telah membuka ruang kepada mahasiswa-mahasiswa kami bagi menyampaikan objektif serta manifesto perjuangan mereka dengan lebih efektif.

Pengalaman seperti ini mampu menjadikan mahasiswa kami lebih berkepimpinan dan matang. Penukaran cara pengendalian pilihan raya kampus yang positif ini akan mengembalikan keyakinan pilihan raya kampus kepada mahasiswa.

Dengan perubahan ini juga, mahasiswa kami akhirnya mampu berdikari dalam menentukan corak aktiviti politik yang diingini.

Impian supaya mahasiswa menjadi rakan setara universiti, mempunyai sistem pentadbiran yang lebih cekap dan telus, serta kebebasan berpersatuan di dalam kampus yang diperjuangkan oleh mahasiswa kami semakin hampir dengan realiti.

Ini merupakan tsunami perubahan yang kita bawa daripada Pilihan Raya Umum Ke -14 yang lepas. Ini merupakan hasil kepercayaan terhadap perubahan.

Namun, perjuangan ini wajib diteruskan supaya lebih banyak perbaikan dan pembaharuan dapat dilakukan. Mari kita raikan kemenangan mahasiswa pada kali ini. Mari kita meraikan kemenangan perubahan.

Hidup Mahasiswa!

*Penulis ialah Naib Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor dan juga ADUN Bandar Utama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...