> > Bilik asrama pelajar Kolej MAHSA terbakar
Bilik asrama pelajar Kolej MAHSA terbakar
BERNAMA Selasa | 5 Mac 2019

JOHOR BAHRU - Sebuah bilik asrama pelajar Kolej MAHSA di Pangsapuri Titiwangsa, Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, terbakar, malam tadi, namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Suhaimi Jamal berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 7.35 malam sebelum tiba 10 minit kemudian dengan kekuatan 28 anggota bersama lima jentera.

Beliau berkata pangsapuri berkenaan setinggi lima tingkat dan kejadian berlaku di sebuah rumah di tingkat dua.

"Semasa kejadian, hanya terdapat seorang pelajar di dalam sebuah bilik rumah berkenaan, yang keseluruhannya mempunyai tiga bilik.

"Pelajar terbabit terasa bahang dari bilik bersebelahan sebelum dia bertindak keluar rumah dan turun ke bawah bangunan pangsapuri itu bagi memaklumkan rakan-rakan lain," katanya.

Mohd Suhaimi berkata rumah tersebut didiami 12 pelajar dan operasi kebakaran melibatkan keseluruhan bilik terbabit tamat pada 8.59 malam tadi. Katanya, punca dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...