> Tak sangka, keperitan dan kesukaran yang dialami staf telah mencetuskan inovasi SkytiderTM...
Tak sangka, keperitan dan kesukaran yang dialami staf telah mencetuskan inovasi SkytiderTM...
NOR AZIZAH ISMAIL, UPM Khamis | 7 Mac 2019

ARCA inovasi SkytiderTM merupakan simbolik keperitan dan kesukaran dialami staf Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendorong penciptaan idea inovasi baharu dan kini dipamerkan di Pameran Nature’s Yield and Wonders of Art (NYAWA) ‘18 di Galeri Serdang, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM Serdang Selangor bermula pada 1 Disember 2018 hingga 17 Mac 2019.

Pameran NYAWA ’18 merupakan pameran menggabungkan elemen sains teknologi yang dilihat melalui perspektif seni, kali ini memaparkan 19 artikel bertemakan ‘Earth to Sky’.

Kesukaran memasang dan menurunkan bunting atau gegantung iklan di tiang lampu jalan setiap kali ada program sering kali dihadapi staf Putra Science Park UPM, mencetuskan idea membangunkan inovasi ringkas yang bukan sahaja mampu memudahkan kerja namun menjamin keselamatan staf.

Staf mengalami kesukaran dari segi cara kerja pemasangan menggunakan tangga yang tinggi dan berisiko untuk terjatuh disebabkan permukaan tanah yang tidak stabil dan mempunyai penghalang seperti pokok dan pengadang jalan.

Prototaip SkytiderTM yang dipamerkan di Pameran Nature’s Yield and Wonders of Art (NYAWA) ‘18.

Selain itu juga, kerja pemasangan memerlukan bilangan staf yang ramai serta tempoh masa lama diperlukan di samping berhadapan risiko terjatuh daripada tangga ketika pemasangan dan di bawah panas terik.

SkytiderTM sendiri adalah ciptaan baharu dibangunkan sebagai alat untuk memasang gegantung tanpa menggunakan tangga dan dawai besi, mempercepatkan kerja-kerja pemasangan, menyediakan persekitaran selamat untuk staf semasa kerja pemasangan, namun kosnya sangat rendah.

Asrizam memberi penerangan berkaitan inovasi SkytiderTM kepada tetamu yang hadir ke Pameran NYAWA’18.

Inovasi ini mengaplikasikan kaedah eco-friendly dengan menggantikan penggunaan dawai besi kepada tali kabel sintetik (cable tie) dan dapat mengelakkan dawai karat yang selalu ditinggalkan pada tiang lampu selepas gegantung diturunkan sekali gus akan mencemarkan pemandangan dan alam sekitar.

Prototaip SkytiderTM diperbuat daripada dua bahan utama, aluminium dan besi terpakai dengan berat 850g terbukti dapat memudahkan proses pemasangan dan penurunan gegantung luar (outdoor) tanpa penggunaan tangga, mempercepatkan kerja pemasangan, meningkatkan tahap keselamatan pemasang dan seterusnya menjimatkan kos.

SKYTIDERTM

Inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan kepada pihak industri dan mempunyai tiga perlindungan harta intelek iaitu Reka Bentuk Perindustrian, Hak Cipta dan Cap dagangan. Inovasi ini menyasarkan pengguna yang mementingkan keselamatan diri semasa kerja pemasangan di samping mempermudah dan mempercepatkan proses kerja seperti pelajar universiti / kolej. Mereka juga merupakan golongan sasaran yang kerap menggunakan gegantung luar sebagai medium utama bagi pelbagai aktiviti pelajar.

Inovasi ini mempunyai ciri egronomik dan sesuai dengan pergerakan tubuh manusia, mengelakkan risiko bekerja di tempat tinggi, memudah cara bagi aktiviti kerja berulang dengan mengurangkan pergerakan tubuh badan secara manual berulang-ulang sewaktu memasang atau membuka bunting yang boleh memudaratkan dan memberi risiko kecederaan kepada pemasang.

Antara anugerah yang dimenangi melalui inovasi SkytiderTM.

Ciptaan ini juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kategori teknikal di peringkat Universiti Awam dan UPM dengan memenangi Anugerah Anugerah Emas, Persembahan Terbaik KIK Universiti Awam 2018, Ke-3 Teknikal KIK Universiti Awam 2018, Anugerah KIK Terbaik UPM 2018 & 2017 dan Anugerah Inovasi dan Perkhidmatan UPM 2016.

SkytiderTM dibangunkan Kumpulan Inovatif Kreatif, Langit Putra yang diketuai Asrizam Esam serta tujuh orang ahli iaitu Mohammad Hisham Omar, Muhammad Izzat Nor Adzmi, Mohd Mas’Ataillah Ismail, Norliyana Kamarudin, Hafliza Hussin, Norazlin Monir, Shahriman Hashim dan dibantu oleh Norhidayah Halid.

Ahli pasukan Langit Putra bergambar bersama inovasi SkytiderTM ciptaan mereka.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...