> > Penuntut USIM cedera tangan kanan akibat tergelincir
Penuntut USIM cedera tangan kanan akibat tergelincir
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 8 Mac 2019

NILAI - Seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera tangan kanan akibat terjatuh dari ketinggian tiga meter di Air Terjun Sungai Mahang di sini, semalam.

Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Jamaluddin Latif berkata, ketika kejadian jam 12.28 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Imran Nawai, 21, sedang mandi bersama lima lagi rakan.

"Difahamkan mangsa terjatuh akibat tergelincir ketika berdiri di atas batu menyebabkan tangan kanannya terseliuh.

"Rakannya menghubungi talian kecemasan untuk dapatkan bantuan bagi membawa mangsa turun berikutan keadaannya," katanya.

Menurutnya, seramai lapan anggota ke lokasi mengambil masa 20 minit untuk membawa mangsa turun sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...