> > Mangsa parah dipukul tukul besi, selamat jalani pembedahan kedua
Mangsa parah dipukul tukul besi, selamat jalani pembedahan kedua
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 8 Mac 2019

IPOH - Bekas pelajar yang parah dipukul bapanya menggunakan tukul besi, Isnin lalu selamat menjalani dua pembedahan di kepala, kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun itu kini dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan sedar serta boleh berkomunikasi seperti biasa.

Abangnya, Ahmad Hafizi, 30, berkata, perkembangan itu melegakan mereka sekeluarga yang khuatir dengan kesan hentakan dialami.

"Doktor maklumkan kesan dialami biasa bagi individu yang menerima hentakan di kepala, hanya kecederaan fizikal, lain-lain normal.

"Walaupun nampak keletihan selepas pembedahan, keadaannya baik dan sekarang dia dalam proses untuk sembuh," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh rawatan di hospital berkenaan, semangat adiknya sangat kuat.

"Dia tak pernah tinggal amalan membaca al Quran, malam-malam pun dia mengaji dalam wad ini," katanya yang memaklumkan ibu mereka telah meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.

Beliau turut menyatakan rasa syukur apabila banyak pihak memberi sokongan moral dan tampil menawarkan peluang kerja kepada adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [Kerana belum dapat pekerjaan, anak parah dipukul bapa guna tukul]

Katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu baru sahaja tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan perakaunan, Januari lalu dan majlis konvokesyennya dijadualkan Oktober nanti.

"Kami sangat hargai tawaran-tawaran kerja ini, sudah pasti ia gembirakan adik saya. Apa-apa pun kita lihat dulu perkembangan kesihatannya, tunggu betul-betul sembuh baru saya lepaskan dia untuk bekerja," katanya.

Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang itu, mangsa parah selepas dipukul di beberapa bahagian di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau ketika mangsa sedang baca al-Quran sementara bapanya baru pulang dari tempat kerja.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...