> KELANTAN > Muhammad Qayyim, Mariam Johan qari dan qariah Kelantan, ternyata kecacatan penglihatan pada remaja ini bukan penghalang
Muhammad Qayyim, Mariam Johan qari dan qariah Kelantan, ternyata kecacatan penglihatan pada remaja ini bukan penghalang
BERNAMA Khamis | 7 Mac 2019

KOTA BHARU - Muhammad Qayyim Sarimi dan Mariam Jusoh muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1440H/2019M yang berlangsung di Kompleks Islam Darulnaim di sini.

Muhammad Qayyim dari jajahan Kota Bharu yang mengumpul 81.98 peratus markah dan Mariam Jusoh dari jajahan Pasir Puteh (70.99 peratus) masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej menunaikan ibadah umrah, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili negeri Kelantan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban bermula 17 hingga 22 Mac ini.

Majlis pengurnian hadiah kepada pemenang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, serta Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan hadiah kepada Johan Qari Muhammad Qayyim Sarimi pada Majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi. - (Foto: Bernama)

Johan qari Muhammad Qayyim yang merupakan remaja cacat penglihatan, membuktikan kecacatan sejak lahir yang dialaminya bukan penghalang beliau berjaya dalam bidang ini.

"Ternyata usaha saya membuat persediaan setiap hujung minggu termasuk mendapat tunjuk ajar beberapa bekas qari kebangsaan di negeri antaranya Yahya Daud tidak sia-sia, apabila ia membuahkan hasil walaupun dalam keadaan diri seperti ini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai johan qari Tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan pada 2017.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah Mariam Jusoh pada Majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi. - (Foto: Bernama)

Untuk rekod, pada tahun ini seramai 164 orang peserta hafiz dan hafizah menyertai ujian hafazan manakala, bagi kategori tilawah seramai 20 orang qari dan qariah masing-masing mewakili jajahan masing-masing. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...