> > ISI jelaskan kekeliruan istilah ‘sains Islam’
ISI jelaskan kekeliruan istilah ‘sains Islam’
DR FARHANA SABRI, USIM Jumaat | 8 Mac 2019

NILAI – Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan kekeliruan mengenai istilah ‘sains Islam’ yang selalu diperdebatkan oleh masyarakat luar dengan mengadakan Syarahan Umum bertajuk Sains Tauhidik: Apa dan Mengapa? yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai definisi ilmu sains dan Islam di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.

Menurut Pengarah ISI, Dr Mohd Azman Hashim @ Ismail berkata, inisiatif untuk memberi penjelasan mengenai penggunaan istilah ‘sains Islam’ menjadi tanggungjawab USIM selaku peneraju kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli di USIM. Selain itu, tujuan syarahan ini diadakan adalah untuk menjawab persoalan tipikal yang sering diajukan oleh kebanyakan individu yang membangkitkan istilah sains bukan Islam.

Menurut Profesor Datuk Dr Mohd Yusof Hj Othman, sains Islam menekankan bahawa perbincangan dan pembelajaran ilmu sains tidak dapat dipisahkan dari agama Islam. Dalam erti kata yang lain, ilmu sains tidak boleh dipisahkan dengan sang pencipta yang mencipta ilmu berkenaan (Allah SWT).

“Sains Islam sebenarnya telah mengangkat martabat ilmu sains yang telah ditemukan awal oleh sarjana Islam sebelum sarjana Barat. Beliau mengambil beberapa contoh antaranya seperti penemuan ilmu peredaran darah yang telah pun dikaji oleh Ibn an-Nafs 1213-1288) sebelum William Harvey pada 1578-1657. Selain itu, penemuan ilmu pembiasan cahaya telah ditemui lebih awal oleh Ibn al-Haytham (965 – 1041) sebelum Isaac Newton (1642 – 1727) dan lain-lain,” katanya yang merupakan penceramah pada sesi syarahan kali ini.

Siri syarahan umum merupakan syarahan bulanan yang dianjurkan oleh ISI dan telah berjaya menarik lebih kurang 100 peserta dari dalam dan luar USIM yang bersama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dan kepakaran untuk membetulkan salah tafsir mengenai istilah sains Islam.

ISI adalah sebuah jabatan yang ditubuhkan di USIM untuk mengangkat kehebatan ilmu pengajian Islam dalam pelbagai rentas disiplin terutama dalam bidang sains dan teknologi.

1.Penemuan ilmu udara dan beratnya oleh al-Khazin (900 – 971) sebelum Toricelli (1608 – 1647)

2.Penemuan ilmu hukum graviti oleh al-Khazin (900 – 971) sebelum Isaac Newton (1642 – 1727)

3.Penemuan ilmu astronomi oleh al-Battani (858 – 929), al-Farghani )m.880), dan Ibn Sina (980 – 1037) sebelum Nicolas Copernicus (1473 – 1543)

4.Penemuan kaedah sains oleh al-haytham (965 – 10410 dan al-Biruni (973 – 1050) sebelum Galileo Galilie (1564 – 1642).

Ini membuktikan sarjana islam telah mendahului sarjana barat. Waktu pelbagai ilmu ini ditemui dikenali sebagai zaman ‘the golden age of Islamic science’. Di dalam Islam, ilmu adalah milik semua orang dan Allah mengangkat darjah manusia melalui ilmu. Malah, ahli ilmuan lebih dikenali berbanding pemimpin dan guru lebih penting dari institusi.

*Sudut trivia

Tahukah anda...

- Perkataan muzik datangnya dari tajuk buku al-farabi ‘Kitab al-muzuqu al Kabir’

- Irama do..re..me..fa..so..la.. diambil daripada huruf Dal (د ), Rho (ر), Mim (م), Fa (ف), Syad (ص), Lam (ل)

- Pada zaman al-farabi, muzik telah digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan dan mengubati pelbagai penyakit berkaitan dengan emosi. Ini menunjukkan bunyi berirama (frekuensi yang teratur) amat penting kepada kehidupan manusia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...