> PERAK > Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik di dunia!
Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik di dunia!
BERNAMA Khamis | 7 Mac 2019

TAIPING - Selepas tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018, bandar warisan Taiping sekali lagi mengharumkan nama Perak khususnya Malaysia selepas dinobatkan bandar ketiga terbaik di dunia menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan dicapai dan ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam memastikan kelestarian bandar itu.

Katanya, anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu pertama kali diterima bandar berkenaan walaupun sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 dalam kategori Destinasi Pelancongan Warisan.

"Harapan saya adalah semua agensi yang melaksanakan undang-undang berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan perlu terus komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini terus dilestarikan.

"Seluruh penduduk dan komuniti bandar ini perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar daripada kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis di ITB Berlin itu, Abd Rahim menerima anugerah berkenaan bagi mewakili MPT yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing serta Setiausaha MPT, Borhan Abdul Halim.

Pada anugerah kategori bandar terbaik itu, Ljubijana di Slovenia dinobatkan sebagai pemenang pertama manakala Vancouver di Kanada memenangi tempat kedua. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...