> SEL KL > 20 tahun UNISEL menerajui pendidikan Malaysia
20 tahun UNISEL menerajui pendidikan Malaysia
HASRIL ABU HASSAN Jumaat | 8 Mac 2019

UNIVERSITI Selangor (UNISEL) merupakan satu institusi yang sudah tidak asing lagi dalam industri pendidikan di Malaysia. Mula beroperasi pada tahun 1999, UNISEL merupakan universiti pertama milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan suasana desa yang berkeluasan tanahnya melebihi 1000 ekar di kampus Bestari Jaya manakala suasana bandar di kampus Shah Alam, UNISEL menjadi pilihan lebih 30 ribu orang pelajar.

• Presiden & Naib Canselor UNISEL Ketujuh •

Tarikh 1 Januari 2016 menjadi titik permulaan kepada tagline 'Peneraju Tranformasi' apabila UNISEL menerima Presiden dan Naib Canselor ketujuh iaitu Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman. Dengan reputasi sebagai Profesor cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah pentadbiran, beliau dilihat sebagai calon yang layak untuk membawa UNISEL ke arah kecemerlangan.

Sepanjang tiga tahun beliau menerajui transformasi, banyak perubahan dapat dilihat dari pelbagai aspek. Antara pendekatan terawal adalah proses rasionalisasi fakulti, yang mana penggabungan lapan fakulti kepada empat fakulti termasuk dua pusat pengajian. Ini adalah bagi melahirkan pelajar yang bersifat ‘multi-discipline’ selain mengoptimumkan tenaga kerja dan kemampuan dengan sumber yang ada.

Kemudahan pembelajaran yang lengkap.

• Fasiliti Terbaik Untuk Semua •

Dari aspek fasiliti dan infrastruktur, sudah banyak perubahan dapat dilihat sepanjang 20 tahun UNISEL beroperasi. Paling ketara adalah dari aspek pembangunan dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua buah kampus. Jika dilihat di Bestari Jaya, bangunan yang meliputi kelas, auditorium, dewan dan bilik pensyarah ditambah baik dari segi prasarana untuk meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran.

Bermula tahun 2016, UNISEL merancakkan lagi projek transformasi yang mana kampus Shah Alam dan Bestari Jaya diubah hampir keseluruhan penampilannya. Keceriaan dan prasarana kondusif menjadi agenda utama pengurusan universiti. Elemen kampus hijau turut diterapkan menerusi Projek Penghijauan Kampus. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak universiti untuk menjadikan UNISEL sebagai 'kampus hijau dengan kemekaran ilmu'.

Kemudahan masjid.

• Universiti Pertama Terima Dua Pensijilan ISO •

Menerima penganugerahan pengurusan kualiti (ISO) menjadi dambaan banyak pihak kerana pensijilan ini mengiktiraf kualiti yang dipamerkan selain pengiktirafan pihak luar terhadap pencapaian yang diperoleh. UNISEL amat berbangga kerana menjadi universiti pertama menerima dua pensijilan ISO. Dua pensijilan itu adalah ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO 21001:2018 Educational Organisation Management System (EOMS).

Menurut Pengarah Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti, Dr. Hashimah Ismail, pensijilan ini amat penting kerana ia telah meletakkan UNISEL setanding dan setaraf dengan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kerana menggunakan sistem pengurusan kualiti yang sama.

“Segala urusan di universiti ini adalah mengikut standard yang telah ditetapkan selain jaminan kepada kualiti akademik kita yang akan sentiasa ditambah baik bagi memastikan UNISEL melahirkan lebih ramai graduan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Dilengkapi kemudahan perpustakaan.

• Yuran Pengajian Termurah Dalam Kalangan IPTS •

Tidak dinafikan lagi, UNISEL merupakan pilihan utama ibu bapa dan pelajar kerana menawarkan yuran pengajian termurah tanpa mengabaikan aspek kualiti. Bagi peringkat diploma, UNISEL menawarkan yuran pengajian di bawah RM20 ribu manakala bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda pula UNISEL menawarkan yuran di bawah RM40,000.

Walaupun UNISEL menawarkan yuran pengajian yang rendah tapi ibu bapa dan pelajar tidak perlu khuatir kerana UNISEL tidak sesekali mengabaikan kualiti pendidikan. Ini kerana UNISEL menyediakan tenaga pengajar mahir yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Kesemua program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan sudah tentunya kesemua program mendapat kelulusan dari badan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ditambah lagi dengan dua pensijilan daripada pihak SIRIM.

Ruang yang selesa dan ceria.

• Skim Dermasiswa Bagi Pelajar Tahun Asas •

Bagi menggalas pendemokrasian pendidikan, UNISEL telah memperkenalkan beberapa langkah antaranya Skim Dermasiswa, iaitu yuran pengajian secara percuma yang diberikan kepada pelajar-pelajar Tahun Asas. Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL menawarkan empat kursus Tahun Asas iaitu Tahun Asas Sains, Tahun Asas Teknologi Maklumat, Tahun Asas TESL dan Tahun Asas Pengurusan.

Apa yang lebih menarik, UNISEL turut menawarkan satu trek pengajian khas kepada hafiz dan hafizah Al-Quran menerusi Program Asasi –Trek Huffaz dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan profesional yang holistic dan bersepadu.

Persekitaran menghijau dan mendamaikan.

• Ayuh Mendaftar Ke UNISEL Pada Kemasukan April 2019 •

Pada 2019, UNISEL telah membuka permohonan kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian warga universiti ini pada kemasukan April 2019. Sekiranya ada pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang rasmi www.unisel.edu.my atau terus ke kaunter pertanyaan di kampus Shah Alam atau Bestari Jaya. Anda juga boleh menghubungi En Azman (0123401740), En Juniran (01133907681) dan En Amin (0133743450).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...