> PAHANG > Sebak! Bila 'Abang Husin Comel' luah rasa terharu kerana dapat makan percuma nasi berlauk ayam dan timun...
Sebak! Bila 'Abang Husin Comel' luah rasa terharu kerana dapat makan percuma nasi berlauk ayam dan timun...

“Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ini saya terharu mendapat makanan tengah hari percuma. Nasi putih, ayam masak lemak bersama sambal, timun yang sedap. Terima kasih kepada Kolej Komuniti Kuantan kerana memahami situasi saya. Makanan percuma ini saya tidak akan dapat di tempat lain selain di sini. Selamat makan semua kawan-kawan”.

Begitulah yang ditulis pada sekeping nota daripada ‘Abang Husin Comel’, salah seorang daripada 66 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan penerima bantuan makanan percuma yang mula diagihkan sejak semalam (7 Mac 2019).

Nota yang ditinggalkan.

Bantuan makanan percuma ini merupakan hasil sumbangan kakitangan Kolej Komuniti Kuantan melalui Tabung Cakna Pelajar yang telah dilancarkan pada 15 Februari lalu oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Rosli Zainuddin.

Pelajar terpilih akan diberikan kupon untuk mengambil makanan di kafe disediakan.

Pegawai Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Kuantan, Nur Fatihah Che Ruzlan, berkata Tabung Cakna Pelajar ini diwujudkan atas dasar keprihatinan pihak pengurusan, para pensyarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Kuantan.

“Semua pelajar yang terpilih diberikan kupon makanan dan mereka boleh mengambil makanan yang telah disediakan di Kafe Dandelion, yang diusahakan oleh alumni Kolej Komuniti Kuantan sendiri,” katanya.

Makanan diagihkan kepada pelajar terpilih setiap Khamis pada sesi kuliah sahaja.

Katanya lagi, pemberian makanan percuma ini adalah untuk makanan tengah hari dan diagihkan seminggu sekali pada setiap hari Khamis dan diberikan pada sesi kuliah sahaja.

“Diharapkan Tabung Cakna Pelajar ini dapat memanfaatkan para penerima dan memberikan ganjaran pahala berterusan buat semua penyumbang.

Menu makan tengah hari yang disediakan.

"Setiap rezeki yang kita peroleh, terdapat juga hak orang lain. Dalam tidak sedar, ketika bersedekah kita juga membuat orang lain merasa gembira tanpa mengira bangsa dan agama,”, ujarnya lagi.

Pemberian makanan percuma tanpa mengira bangsa dan agama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...