> > "Saya berbangga Malaysia jadi tuan rumah Piala Dunia Fit Touch Edisi Kesembilan" - Syed Saddiq
"Saya berbangga Malaysia jadi tuan rumah Piala Dunia Fit Touch Edisi Kesembilan" - Syed Saddiq
BERNAMA Sabtu | 9 Mac 2019

PUTRAJAYA - Malaysia bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Fit Touch edisi kesembilan yang disertai lebih daripada 20 negara dari 29 April hingga 4 Mei depan di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sukan yang menyerupai permainan ragbi itu akan dikembangkan di peringkat sekolah di Malaysia bagi menarik minat lebih ramai generasi muda menyertai sukan berkenaan yang mempunyai potensi besar di peringkat dunia.

"Saya sangat berbangga apabila Malaysia terpilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini, ia sangat signifikan kerana melibatkan 2,000 atlet daripada 29 negara akan menginap dan bersukan di Putrajaya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) menerima scroll sebagai simbolik perasmian pengumuman Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai venue rasmi Piala Dunia Sukan FIT Touch 2019. - (Foto: Bernama)

KBS akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa sebanyak mungkin pertandingan antarabangsa ke Malaysia mengikut piawaian kita. Kita mahu sambil menjadi hos bagi sesuatu kejohanan antarabangsa di Malaysia dapat menaja pendapatan kepada negara khususnya daripada aspek pelancongan,” katanya selepas merasmikan venue pertandingan, Taman Ekuestrian Putrajaya bagi penganjuran Piala Dunia itu.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) membaca scroll yang diterima sebagai simbolik perasmian pengumuman Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai venue rasmi Piala Dunia Sukan FIT Touch 2019. - (Foto: Bernama)

Selain Malaysia antara negara yang akan menyertai pertandingan itu ialah Australia, Belgium, Chile, China, Taiwan, England, Fiji, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Scotland, Singapura, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Wales. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...