> > Jom Masuk IPT 2019: UMP tawar lebih 30 program kejuruteraan dan teknologi
Jom Masuk IPT 2019: UMP tawar lebih 30 program kejuruteraan dan teknologi
MIMI RABITA, UMP Ahad | 10 Mac 2019

MENJELANG pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia( STPM) yang dijadualkan minggu hadapan, memberi peluang lepasan pelajar sekolah mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi.

Berlangsung semalam (9 Mac) dan hari ini (10 Mac), program Jom Masuk IPT 2019 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berlangsung serentak di Padang Kawat Universiti Sains Malaysia ( USM) bagi Zon Utara dan di Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu bagi Zon Sabah.

Reruai UMP jadi tumpuan pelajar yang berkunjung. (FOTO UMP)

Peluang ini turut dimanfaatkan pelajar sekolah, lepasan diploma dan setaraf, ibu bapa, guru dan komuniti setempat.

Program bermaklumat ini menyasarkan pengunjung mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM, STPM dan setaraf di peringkat pengajian program asasi, diploma, ijazah pertama di universiti awam dan swasta serta sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pasukan Penasihat Akademik UMP bersama Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad dan Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT, Mazula Sabudin yang berkunjung di reruai UMP di USM. (FOTO UMP)

Menurut Pengurus Bahagian Pemasaran dan Pengambilan Pelajar UMP (MID), Helmi Mohamed Isa, UMP menawarkan 29 program Ijazah Sarjana Muda serta lima program diploma.

Dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) beroperasi di Pekan manakala enam fakulti lain di Gambang.

Pelajar di Sabah mengambil peluang mendapatkan informasi peluang pengajian dalam program Jom Masuk IPT. (FOTO UMP)

“Ia juga sebagai hebahan kepada calon-calon pelajar mengenai kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bagi sesi kemasukan 2019/2020 serta merupakan platform yang memberi kemudahan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat penawaran program akademik yang ditawarkan oleh 20 Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi lain,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya mempelawa orang ramai untuk terus berkunjung ke Program Jom Masuk IPT pada 16 dan 17 Mac di AEON Mall Kota Bharu Kelantan (Zon Timur), Mydin Mall Petra Jaya Kuching pada 23 dan 24 Mac ( Zon Sarawak) dan MAEPS Serdang (Zon Tengah) pada 30 dan 31 Mac ini.

Helmi (dua dari kiri) bersama pelajar di reruai UMP. (FOTO UMP)

Dalam pada itu, menurut Eksekutif Kanan MID, Rosilavi Mat Jusoh, pihaknya juga berkunjung ke sekolah dan Kolej Matrikulasi bagi memberi penerangan dalam Program Bicara Kerjaya untuk berkongsi panduan pemilihan program sesuai mengikut minat dan syarat kelayakan agar pelajar membuat pilihan dengan tepat.

UMP turut menawarkan program berteraskan kejuruteraan dan teknologi berkualiti dan antara program diiktiraf antarabangsa yang ditawarkan di universiti ini adalah Program Dwi-Ijazah Kejuruteraan Mekatronik dan Kejuruteraan Automotif iaitu hasil kerjasama dengan universiti di Jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA) juga Program Dwi-Ijazah dalam Kejuruteraan Perniagaan hasil kerjasama dengan Reutlingen University (HsR), Jerman bagi mengembangkan bidang kejuruteraan perniagaan di Malaysia.

Universiti ini juga merupakan destinasi pendidikan tinggi pilihan pelajar lepasan sekolah dan golongan bekerjaya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran, malahan, menerusi UMP Advanced turut memberi peluang orang ramai mengikuti pengajian profesional dan program pengajian sepanjang hayat.

Rosilavi bersama pelajar Kolej Matrikulasi Selangor Banting. (FOTO UMP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...