> PERAK > Kolaborasi UPSI, Animonsta hasilkan carta bibir untuk industri animasi tempatan
Kolaborasi UPSI, Animonsta hasilkan carta bibir untuk industri animasi tempatan
WARTAWAN KAMPUSUOLS Isnin | 11 Mac 2019

TANJUNG MALIM - Satu kajian mengenai ‘Mouth Chart’ atau carta bibir mengikut sebutan dan identiti rakyat Malaysia dalam penghasilan karya animasi tempatan bertajuk Development of Mouth Chart for Malaysia Animation Industry akan dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Animonsta Studios Sdn. Bhd.

Ketua penyelidik, Dr. Nur Safinas Albakry berkata, penghasilan gerak mulut untuk animasi dalam negara sebelum ini adalah menggunakan standard antarabangsa seperti Disney kerana tidak mempunyai carta bibir berdasarkan sebutan dan dialek tempatan.

Naib Canselor Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (duduk, tengah) manakala Animonsta diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Pengurusan Korporat, Noor Edziani Ahmad Fawzi (duduk, tengah) menandatangi perjanjian

“Sebutan dan percakapan di sesebuah negara adalah perbezaan begitu juga kita di Malaysia. Justeru, hasil kajian tersebut bakal menjadi panduan dan rujukan pihak Animonsta yang terkenal dengan animasi BoBoiBoy dalam menghasilkan karya animasi mereka,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UPSI dan Animonsta Studios yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bc2-7 Bangunan Canselori, di sini.

Beliau berkata, gerak bibir adalah penting untuk hasilkan animasi yang menarik dan berkesan, kerana ia perlu seiring dengan mimik muka untuk menggambarkan perasaan sesebuah watak.

Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kolaborasi antara universiti dan pihak industri kini menjadi suatu keperluan untuk memastikan sesebuah organisasi itu mampu bersaing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Kolaborasi UPSI, Animonsta hasilkan carta bibir untuk industri animasi tempatan

“Kolaborasi ini bukan untuk kepentingan pensyarah sahaja tetapi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kolaborasi tersebut dapat disalurkan kepada pelajar kita kerana merekalah yang akan dinilai oleh masyarakat dan majikan,’ katanya.

Menerusi penyelidikan itu, Dr. Nur Safinas, bersama Mohd Ekram Al Hafis Hashim, Mohd Hafiz Che Othman dan Animonsta akan menjalankan kajian bagi tempoh 9 bulan untuk membangunkan satu set reka bentuk carta bibir berdasarkan konteks tempatan sebagai rujukan bagi industri Malaysia.

UPSI diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran manakala Animonsta diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Pengurusan Korporat, Noor Edziani Ahmad Fawzi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...