> PERAK > UPSI perhebat kolaborasi antarabangsa
UPSI perhebat kolaborasi antarabangsa

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) memperhebatkan kolaborasi di peringkat antarabangsa dengan mengadakan Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Barat (PEMPROV.NTB), Lombok bertempat di Panggung Budaya, FMSP, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, Perak.

Menurut Dekan FMSP, Profesor Madya Zaharul Lailiddin Saidon, MoU yang dimeterai untuk tempoh lima tahun itu bertujuan memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama dalam hak asasi manusia melibatkan bidang pendidikan, kebudayaan, kesenian, pelancongan dan khidmat masyarakat antara kedua-dua atas dasar kesamarataan dan faedah bersama.

Katanya, walaupun FMSP telah mempunyai banyak kolaborasi dengan pelbagai pihak di Indonesia namun kolaborasi kali ini sangat bermakna kerana pihak gabenor PEMPROV.NTB sendiri sudi mempereratkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Pihak fakulti dan PEMPROV. NTB telah menjalinkan kerjasama sejak tiga tahun lalu khususnya dari pelbagai pihak di Lombok dalam mengadakan kerjasama seperti The 1st Lombok International Edu-Tourism Conference (LIETC), MoU dengan Universitas Hamzanwadi, Lombok serta menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri yang kini telah memasuki kohort keempat,” katanya.

UPSI diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran manakala Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Barat diwakili oleh Gabenor Dr. Zulkieflimansyah, disaksikan oleh Pendaftar, Dr. Zainab Othman dan Kepala Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Prov. Nusa Tenggara Barat, Drs. H. M. Suruji.

PEMPROV. NTB adalah Institusi pemerintah yang memiliki kawasan/wilayah pemerintahan setingkat provinsi bernama Provinsi Nusa Tenggara Barat, di bahagian timur Indonesia yang berada dalam satu kesatuan dengan pemerintah Republik Indonesia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...