> MLK N.9 > Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 peringkat IKTBN Alor Gajah 2019
Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 peringkat IKTBN Alor Gajah 2019
NUR SABRINA SAMSUDIN Isnin | 11 Mac 2019

MASJID TANAH – Seramai 30 pelajar IKTBN Alor Gajah terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Alor Gajah telah menyertai Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 ( OUTREC 1 ).

Kursus ini anjuran MPP IKTBN Alor Gajah bersama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) telah berlangsung pada 1 hingga 4 Februari 2019 bertempat di Tapak Perkhemahan Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.

Pengarah IKTBN Alor Gajah (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 kepada Muhamamad Aiman A.Rahman Presiden MPP IKTBN Alor Gajah (dua kanan).

Program Outrec tahap 1 ini diadakan bagi bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan barisan kepimpinan MPP IKTBN Alor Gajah serta memberi pendedahan berkenaan aktiviti rekreasi luar yang lasak dan mencabar.

Bergambar kenangan setelah tamat menjalani ujian ikatan tali bagi melengkapkan modul OUTREC 1.

Syamsul Tahrin Mohd Tahir, 45, Pengarah IKTBN Alor Gajah berkata, penganjuran melalui program ini dapat menguji ketahanan mental serta fizikal dan nilai-nilai kerja berkumpulan yang tinggi dalam kalangan peserta. Program ini secara tidak langsung dapat melatih barisan kepimpinan MPP berkenaan kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran membina nilai, sikap, etika dan profesionalisme serta menuntut peserta bagi menguruskan masa dengan baik sepanjang mengikuti program.

Hassan Ali dan Kamarudin Ibrahim Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) memberi menerangkan kepada peserta aspek pengendalian dan keselamatan aktiviti berkayak

Program ini telah di kendalikan oleh jurulatih yang bertauliah daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia seramai 6 orang. Di akhir program ini semua peserta telah menjalani ujian bagi melayakkan peserta memperoleh pentauliahan sebagai Penggerak Rekreasi Luar Tahap 1.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...