> EVENT > Jom sertai Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan 16 Mac ini!
Jom sertai Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan 16 Mac ini!
SYAHIDDA, DARUL INSYIRAH Isnin | 11 Mac 2019

Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan menuju Pengurusan Patuh Syariah anjuran Darul Insyirah dan USIM akan diadakan pada 16 Mac 2019, bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030 nanti. Dianggarkan seramai 16% populasi rakyat Malaysia terdiri daripada warga emas.

Persidangan ini bakal dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al - Bakri, dan selebriti agama, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, ketua jaringan dan industri Fakulti Pengajian Islam, UKM serta pakar - pakar aging nation patuh syariah.

Semua dijemput hadir termasuk kakitangan kerajaan, para pengendali pusat penjagaan warga emas, ahli akademik, para pensyarah, siswazah, ahli qariah masjid dan surau dan semua komuniti.

Adakah Islam membenarkan ibu ayah dihantar ke pusat jagaan? Bagaimana pula kemudahan awam yg belum mesra warga emas? Apa caranya untuk mengimarahkan masjid dengan daycare centre?

Untuk mengetahui solusi soalan ini dan pelbagai lagi, jom daftar ke persidangan dan jadilah komuniti yang cakna negara tua bersama kami.

Layari facebook www.facebook.com/MyDarulInsyirah.

Hubungi 0122941976 untuk mendaftar.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...