> PERAK > Uji laluan GR PolyCC 2019 sempena 50 tahun Politeknik Malaysia
Uji laluan GR PolyCC 2019 sempena 50 tahun Politeknik Malaysia
MOHD ASWADI MUHAMAD Isnin | 11 Mac 2019

IPOH – Bersempena dengan sambutan 50 tahun politeknik, program Kelab Berbasikal Politeknik Jubli Emas 2019 (GR PolyCC 2019) merupakan antara program yang akan diadakan oleh Politeknik Ungku Omar (PUO) bersama Kolej Komuniti Lenggong (KKL) dan Kelab Berbasikal Darul Ridzuan (DRCC) dengan kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) pada 23 Mac 2019 bagi menyemarakkan lagi sambutan 50 tahun Politeknik Malaysia pada tahun ini.

Zulhikmi Zali merangkap Pengarah Program GR PolyCC 2019 berkata, dengan berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, sekumpulan staf PUO telah mengadakan sesi percubaan kayuhan berbasikal bermula dari kampus PUO menuju ke Lost World of Tambun dan berpatah balik bagi menguji laluan samada sesuai atau tidak.

Sekumpulan pengayuh berehat seketika, menilai aliran trafik.

“Kami telah memulakan kayuhan sekitar pukul 7.00 pagi, kesemua pengayuh yang mengikuti cabaran awal berbasikal ini telah menamatkan kayuhan dengan jayanya dengan jarak 30 kilometer,” ujarnya.

Sementara itu, Norida Mohamad Noor, Setiausaha GR PolyCC 2019 berkata, program kayuhan ini turut diadakan serentak bersama Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) sementara politeknik lain mengadakan program Jubilee Walk PolyCC di politeknik masing-masing.

Diiringi marsyal sepanjang kayuhan.

Tambahnya lagi, objektif program ini antara yang lain bertujuan untuk mempromosikan peranan dan sumbangan Politeknik dan Kolej Komuniti sekaligus dapat menyebar luas maklumat berkaitannya kepada pihak awam termasuk merangsang kemasukan pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti terutamanya bagi sesi Jun 2019.

Ia juga menggalakkan aktiviti bersukan dan kerja berpasukan dalam kalangan warganya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...