> MLK N.9 > Solidariti mahasiswa anjur himpunan bantah hina Rasulullah SAW
Solidariti mahasiswa anjur himpunan bantah hina Rasulullah SAW
SITI NUR SYUHADA' ISMAIL Isnin | 11 Mac 2019

NILAI - Baru-baru ini, tular kecaman daripada netizen terhadap seorang warga emas berumur 68 tahun kerana telah memuat naik karikatur Nabi SAW dan isteri baginda, Aisyah R.A di laman facebook. Perlakuan yang dilakukan ini telah mencetus kemarahan umat Islam kerana telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan tidak menghormati agama Islam tersebut.

Rentetan daripada itu, himpunan bantahan penghinaan terhadap Rasulullah SAW diadakan bertempat di ruang hadapan Kompleks Islam Tuanku Muhriz Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menunjukkan solidariti warga USIM dan masyarakat sekeliling bagi isu berkenaan.

Gelombang kepada himpunan ini telah bermula di setiap fakulti dan kolej kediaman melalui aktiviti Speaker Corner, Kafe Ilmu, tazkirah fakulti dan juga kuliah maghrib dengan menyelaraskan tajuk perbincangan bagi aktiviti-aktiviti ini. Akhirnya, gelombang ini membawa kepada himpunan bantahan penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang bermula dengan penerangan secara ringkas kepada warga USIM dan masyarakat yang turut serta pada waktu tersebut.

Antara petikan ucapan pada himpunan tersebut ialah daripada Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Akif Salman, 22, berkata "Andai kata di akhirat kelak, Allah tanya kepada kita: Nabimu dihina ketika hayatmu, apa tindakan kita? Tepuk dada tanya iman".

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Agama itu berharap agar kesatuan yang dibina antara badan-badan pelajar dalam menjayakan himpunan ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar misi menyampaikan mesej-mesej kebaikan kepada seluruh warga USIM khususnya dapat dilaksanakan dengan lebih meluas.

Selain itu, wakil mahasiswa yang terdiri daripada Abdul Hadi Hasni, Presiden SPMM; Muhammad Faiz Yasod, Presiden SPI dan Muhammad Amin Annursi Mohd Jaafar, Presiden SY turut memberikan ucapan serta diakhiri dengan selawat jamaie bagi menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Himpunan ini adalah hasil kerjasama daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Sekretariat Pusat Islam (SPI), Sahabat Yadim (SY) serta beberapa pihak lain yang terlibat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...