> MLK N.9 > UTeM terus mendominasi pengajian berteraskan TVET
UTeM terus mendominasi pengajian berteraskan TVET

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melebarkan sayap dalam pemerkasaan dominasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara ini.

Dominasi TVET pelengkap teknologi tinggi adalah perkara utama yang menjadi pemangkin kepada peranan dan fungsi UTeM di samping arus kini bersama ledakan gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Agenda ini adalah topik utama yang disampaikan Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib bersempena dengan Majlis Perutusan Naib Canselor UTeM yang diadakan di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal Melaka, baru-baru ini.

Dr Shahrin Sahib sewaktu menyampaikan perutusan kepada seluruh warga kerja UTeM di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal baru-baru ini. (FOTO UTEM)

Dr Shahrin berkata, UTeM terus komited dalam merealisasikan peranan universiti ini sebagai peneraju dalam aspek dominasi TVET aras tinggi selari dengan hasrat nasional bersama dengan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Jelasnya, UTeM sebagai peneraju TVET aras tinggi telah berjaya dizahirkan antaranya apabila UTeM telah menawarkan banyak kursus atau program pengajian berteraskan kepada TVET dan IR 4.0.

Kata beliau, program kejuruteraan yang ditawarkan oleh UTeM selari dengan keperluan dan kualiti tinggi apabila telah berjaya mendapat kelulusan akreditasi daripada pihak Engineering Accreditation Council (EAC) selama 6 tahun berturut-turut.

“Sementara itu, untuk terus menyemarakkan agenda ini maka UTeM terus melaksanakan dapatan keberhasilan bersama pihak industri menerusi hubungan strategik serta perkongsian kepakaran bersama dengan pihak industri multinasional dan tempatan.

“Justeru beberapa program seperti pelantikan CEO Fakulti dari kalangan golongan pengurusan tertinggi industri telah dibuat oleh UTeM dan aktiviti berimpak bersama turut telah dijayakan sekali gus menyerlahkan kerelevanan dominasi TVET aras tinggi di sini,” ujarnya lagi di hadapan lebih 1,800 orang warga kerja UTeM terdiri dari kalangan staf pentadbiran dan akademik itu.

Dalam majlis yang sama turut dilangsungkan pelancaran TUAH oleh Naib Canselor UTeM selepas penerangan berkenaannya yang disampaikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap.

Antara gimik pelancaran TUAH yang dilancarkan sendiri oleh Naib Canselor UTeM baru-baru ini. (FOTO UTEM)

TUAH adalah berkisar kepada strategi dan pelaksanaan UTeM ke arah memperkasakan kecemerlangan mahasiswa universiti ini bercirikan tangkas, unggul, adaptif dan holistik.

Majlis ini telah dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim serta pengurusan tertinggi universiti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...