> SEL KL > Kem Jejak Azhar platform persediaan bakal penuntut Universiti Al-Azhar
Kem Jejak Azhar platform persediaan bakal penuntut Universiti Al-Azhar
SUHAILA FAIQAH, UNIT MEDIA KJA Isnin | 11 Mac 2019

INSTITUT LATIHAN DAKWAH SELANGOR (ILDAS) – Menurut Bahagian Pelajaran Malaysia di Mesir, hampir 48 hingga 50 peratus pelajar Malaysia gagal untuk menghabiskan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Hal ini kerana, kebanyakan pelajar tidak dapat mengatasi cabaran hidup dan tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pelajar di sana.

Justeru itu, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Mesir mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kem Jejak Azhar bagi kali yang kedua. Kem ini merupakan kem persediaan bagi pelajar lepasan SPM dan STAM yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membantu bakal penuntut universiti di Mesir supaya lebih jelas dengan konsep dan situasi pembelajaran melalui perkongsian yang disampaikan oleh pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir.

Salah seorang peserta KJA sedang memberi kesimpulan daripada perkongsian yang diberikan.

Seramai 32 pelajar yang telah menyertai kem yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini dan 2 daripadanya merupakan pelajar cemerlang STAM 2018 iaitu dengan keputusan Mumtaz Soffi. Para peserta merupakan pelajar-pelajar dari 24 buah sekolah berbeza di seluruh Malaysia.

Sekolah tersebut ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, SMA Assaiyidah Khadijah, SMK Sungai Layar, SMA Kerajaan Johor, SMA Bugisiah Tampok, Maktab Mahmud Merbok, Madrasah Idrisiah,SMKA Slim River, Pondok Moden Al-Baqiah, Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor, SAM Paya Jaras, Maahad Al-Attas Johor, SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, SAM Sungai Selisek, SAM Nurul Iman, Maktab Mahmud Langkawi, SMA (Jaim) Ehya El-Karim Masjid Tanah, SMA Al-Ulum Al-Syari‘yah Bagan Datuk Perak, Maktab Mahmud Pendang, SMA Hidayah Islamiah, SMKA Sharifah Rodziah dan SAM Jeram.

Persembahan daripada salah satu kumpulan semasa slot 'Talent Time'.

Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh YBhg Tuan Ahmad Umair Zulkefli, Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia. Turut bersama dalam program ini ialah YBhg Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM yang juga merupakan Mantan Menteri Penasihat (Pendidikan), Education Malaysia Egypt (EME) dan Cik Mas Elina, Pengarah Program Kem Jejak Azhar.

Selain itu, seramai 11 jemputan dari YDKMM telah bersama-sama berkongsikan pelbagai tip persediaan untuk ke Mesir.

Perkongsian daripada Penasihat utama YDKMM, Dr. Hj. Mohd Hizul Azri Hj. Md. Noor.

Para jemputan tersebut ialah Dr. Hj Mohd Hizul Azri Hj. Md Noor, Pengasas dan Penasihat utama YDKMM, Tuan Ahmad Umair Zulkefli, Pengerusi YDKMM, Siti Aisyah Bt Syahid, Ustaz Haziq Iqbal, Pengerusi YDKMM Mesir, Tuan Mohamad Khir Johari, Pengasas Pertubuhan Amala Kebajikan Al-Azhar Malaysia yang juga pelajar perubatan di Universiti Al-Azhar serta Ustazah Halimatul Basyirah Saripuddin, Ustazah Wan Nur Hanis Wan Ahmad Dasuki, Siti Nur Nazihah Che Ab Rahim, Ustaz Muhammad Syukri, yang merupakan para pelajar dari Universiti Al-Azhar.

Program yang bermula sejak 21 Februari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan peserta dan juga ibu bapa.

Masritawati Sahat sebagai ibu kepada Syamimi, salah seorang peserta KJA berkata, “Secara peribadi, saya menyokong program seperti ini dan perlu diteruskan kerana banyak memberi input kepada pelajaran. Terima kasih dan tahniah kepada urusetia dan penganjur program, semoga semua dirahmati dan diberkati ALLAH.”

YDKMM berharap para sukarelawan dan peserta dapat mengambil sebanyak-banyaknya pengajaran dan info untuk mereka terus maju dan menjadi pelajar yang cemerlang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...