> > Kelab Usahawan Muda MyAgrosis PSA latih pelajar cemerlang perniagaan terbilang
Kelab Usahawan Muda MyAgrosis PSA latih pelajar cemerlang perniagaan terbilang
SHARIF KADIR Isnin | 11 Mac 2019

SHAH ALAM - Kelab Usahawan Muda MyAgrosis, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan Program Karnival Usahawan Kampus dengan tema Pelajar Cemerlang Perniagaan Terbilang.

Penganjuran program ini adalah bertujuan membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar di samping membangunkan usahawan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Menurut Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dr. Mohd Zahari Ismail, melalui pengisian pelbagai program antaranya CEO Talk, Musical Entreprenurship Forum, Jana Pendapatan Sambil Belajar Bersama Insurans, My Best Buy dan Program Agro Bazar Online beliau yakin bahawa banyak ilmu yang telah pelajar pelajari yang menguji kebijaksanaan dan kreativiti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang dan boleh membina perniagaan terbilang.

Barisan tetamu yang dijemput khas bagi memeriahkan program Karnival Usahawan Kampus.

Penganjuran program ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan usahawan pelajar yang membina perniagaan semasa belajar earn while you learn dan usahawan graduan yang mampu menjadi job creator, mencipta pekerjaan dan memberikan pekerjaan kepada orang lain.

Pengisian Program Musical Entrepreneurship Forum yang sungguh bertenaga telah berjaya menarik minat generasi belia dan mencetus impian belia agar menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Seramai 915 pelajar tahun akhir program pengajian diploma pelbagai bidang telah menyertai program ini dan mempelajari cara berfikir untuk menjadi usahawan cara terpantas.

Bergambar kenangan setelah selesai program.

Selain itu, Pertandingan Idea Perniagaan Baharu turut diadakan bertujuan mencari idea perniagaan kreatif dalam penghasilan produk inovasi keusahawanan berpotensi untuk diperkembangkan ke peringkat berdaya saing dan menerobos idea perniagaan baharu industri revolusi 4.0. Antara produk yang berpotensi tinggi dan mendapat kedudukan 6 teratas melalui pertandingan ini ialah Ipomoea Flakes, Blush Boutique, Issa Dairy, Sambal Omak Eden, Permainan Tradisional 2.0 dan Re' Nature Cafe.

Produk kreatif pelajar yang telah berjaya ini telah mendapat bimbingan teknikal keusahawanan dari pensyarah keusahawanan Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Puan Roslina Ahmad, Puan Suria Md Yusoff dan Puan Rozita Halina Rosli.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...