> PERAK > Ahli Kelab N5 PLUS belajar canting batik
Ahli Kelab N5 PLUS belajar canting batik

KUALA KANGSAR - Seramai 11 orang ahli Kelab N5 Plaza Tol Ipoh Utara dan Seksyen Pejabat PLUS Kuala Kangsar menyertai kursus pendek mencanting batik di Kolej Komuniti Chenderoh baru-baru ini.

Kursus selama sehari ini dikendalikan oleh Ketua Program Seni Visual Kreatif, Kolej Komuniti Chenderoh, Rokhairudin Jamal.

Rokhairuddin memantau peserta menyiapkan tugasan

Rokhairudin berkata, peserta mempelajari teknik mencanting, mewarna dan proses membuat batik serta mempraktikkan kemahiran dalam bidang penghasilan batik lukis.

"Mereka juga mempelajari teknik dan proses mematikan warna dan merebus kain batik.

"Kursus pendek ini bertujuan untuk menyediakan latihan khas bagi membangunkan komuniti berpengetahuan, meningkatkan kemahiran untuk keperluan tenaga kerja setempat serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan berpusatkan komuniti," katanya.

Rokhairudin berkata, terdapat pelbagai jenis kursus pendek yang disediakan oleh pihak kolej bagi meningkat kemahiran dan peluang kerjaya kepada masyarakat setempat sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Fungsi lilin adalah untuk memerangkap warna dalam corak batik supaya tidak terkeluar atau merebak ke kain lain.

Dalam pada itu, salah seorang peserta kursus mencanting batik Sabri Arshad, 58 berkata, dia mendapat ilmu baru selain merasa seronok dan puas sepanjang menyiapkan tugasan.

Katanya, ia merupakan pengalaman pertama menghasilkan batik dengan mendapat bimbingan daripada pensyarah yang berpengalaman.

"Dalam kursus ini kami juga diajar cara-cara membuat batik dari mula sampai siap untuk dijadikan pakaian atau sebagai hiasan.

"Saya bercadang untuk mewujudkan Kelab Batik di tempat bertugas berharap dapat menyambungkan lagi kursus ini supaya menjadi lebih mahir dan mungkin menjadi sumber pendapatan sampingan pada masa akan datang.

Dalam nada sama, Thanaletcumi a/p Kanasar, 44, berkursus di Kolej Komuniti amat seronok kerana dapat belajar dengan pensyarah yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang mereka.

Proses menghilangkan lilin dengan cara merendam kain dalam air.

Katanya, tempat kerjanya yang dekat dengan kolej dan yuran penyertaan yang rendah telah menambat hati untuk terus belajar di sini sekiranya ada kelapangan masa.

Dia dan rakan-rakan yang lain sentiasa mendapat galakkan dan dorongan daripada pihak atasan PLUS untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada bidang tugas harian semata-mata.

"Saya seronok dapat belajar mencanting batik dan berhasrat untuk membingkaikan hasil batik yang dipelajari untuk dipamerkan di tempat rehat dan rawat (R&R) berdekatan.

"Bagi saya produk batik sepatutnya ditonjolkan sebagai satu kebanggaan negara kerana ianya memiliki ciri-ciri keindahan yang tersendiri," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...