> > Pelajar Siam anak tukang rumah cemerlang STPM, mahu dalami jurusan Bahasa Melayu di UUM
Pelajar Siam anak tukang rumah cemerlang STPM, mahu dalami jurusan Bahasa Melayu di UUM
ROHANA ISMAIL Selasa | 12 Mac 2019

TUMPAT - Kesempitan hidup keluarga mencetuskan motivasi dalam diri pelajar daripada masyarakat Siam ini sehinggakan dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Suria Eh Tet, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa memperoleh 5A dan kejayaan itu cukup bermakna buatnya kerana dia berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti.

Menurutnya, hanya dia harapan keluarga untuk mengubah nasib hidup mereka.

“Saya dua beradik sahaja, kakak saya cacat kerana masalah mental,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bapanya, Eh Tet Eh Sau, 57, bekerja sebagai tukang rumah manakala ibunya, Put Eh Tin, 46, suri rumah menetap di Kampung Binjal, di sini.

Menurut Suria, dia tidak menyesal memilih aliran kemanusiaan walaupun di Tingkatan Lima, dia adalah pelajar aliran Sains.

“Budak sains belajar sastera, itu tidak menjadi masalah kepada saya. Lagi teruja bila dapat A dalam Kesusasteraan Melayu,” katanya yang mahu melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Bahasa Melayu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...