> KELANTAN > Raih 5A dalam STPM, anak pekerja kilang keropok mahu masuk U, balas jasa ibu...
Raih 5A dalam STPM, anak pekerja kilang keropok mahu masuk U, balas jasa ibu...
ROHANA ISMAIL Selasa | 12 Mac 2019

TUMPAT - Pengorbanan ibunya, seorang ibu tunggal dan pekerja kilang keropok dengan pendapatan bulanan sekitar RM700, membesarkan mereka lima beradik, menjadi motivasi buat Mohd Ridzuan Haron, 20, sehingga berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa ini lagi, selain ibu, Zaleha Sulaiman, 59, kejayaan yang dicapainya itu turut dihadiahkan kepada arwah ayahnya yang meninggal dunia akibat lemas di laut 20 tahun lalu.

Mohd Ridzuan (kanan) dan seorang lagi pelajar cemerlang, Suria (kiri) menunjukkan slip keputusan STPM yang diterima, semalam.

Tambahnya, meskipun tidak mengingati wajah ayahnya kerana meninggal dunia akibat lemas di laut, tetapi kejayaan yang dicapainya itu adalah hadiah untuk kedua ibu bapanya.

Mohd Ridzuan berkata, dia bersyukur kerana mampu mencapai kejayaan yang diimpikan selama ini.

“Semoga ALLAH permudahkan perjalanan pengajian saya. Saya mahu balas jasa ibu saya yang banyak berkorban membesarkan lima anak apabila ayah meninggal dunia 20 tahun lalu,” kata anak bongsu yang menyifatkan kejayaannya juga adalah hasil tunjuk ajar daripada guru di sekolah ini dan restu ibunya.

Bersama salah seorang guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

Bercita-cita menjadi guru dan mahu mengikut jejak kakak keempatnya yang merupakan siswi di Universiti Utara Malaysia (UUM), impian anak bongsu ini mahu 'masuk U' terlebih dahulu dimotivasikan abang kedua, seorang graduan dan kini telah bekerja di Pusat Zakat Selangor.

SMK Dato’ Biji Wangsa muncul sekolah terbaik di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat apabila lulus penuh 100 peratus dengan tiga daripada 54 calon memperoleh PNGK 4.0.

Sekolah itu turut mencipta sejarah apabila seorang pelajarnya, Nur Solehah Zahari (4A) muncul antara 10 pelajar terbaik peringkat kebangsaan.

Nur Solehah satu-satunya pelajar Melayu mewakili Kelantan kerana dua lagi pelajar dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah dan SMK Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai adalah pelajar Cina dan India.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...