> PERAK > Sahut saranan kerajaan, UPSI tawarkan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Permainan Digital
Sahut saranan kerajaan, UPSI tawarkan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Permainan Digital
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Selasa | 12 Mac 2019

Di sebalik penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang banyak melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan, intitusi pengajian tinggi awam ini juga turut menawarkan Diploma Permainan Digital sejak 2011 lagi.

Melihat sambutan penuntut , UPSI kemudiannya mengembangkan lagi sayap dengan menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Permainan Digital pada 2017.

Penyelaras program Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan Digital, Dr. Erni Marlina Saari berkata, penubuhan program baharu itu menyahut seruan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) apabila tahun 2017 diwartakan sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti Malaysia dalam mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara.

Dr. Erni Marlina.

Katanya, program ini digubal sebagai pemangkin kepada usaha MOSTI dalam menyediakan tenaga kerja separa mahir yang menekanan bidang K-Ekonomi selaras dengan usaha yang dipergiatkan oleh Multimedia Develoment Corporation (MDeC) dan Multmedia Creative Content Center (MAC3).

Antara rekacipta permainan digital yang dihasilkan oleh penuntut kursus Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Permainan Digital.

Menurutnya, ia juga menerokai dan memperkembangkan peluang dan potensi perindustrian moden ke arah trasformasi UPSI sebagai pusat inovasi dalam pendidikan ICT animasi, pusat perkembangan pintas-cerdas dan pusat permainan digital.

"Selain itu, kita mahu memberikan ilmu dan kemahiran dalam melahirkan tenaga mahir dalam reka bentuk dan pembangunan permainan digital dengan menekankan aspek kreativiti dan reka cipta dalam melakukan anjakan paradigma dalam bidang multimedia kreatif dan inovasi ICT.

"UPSI juga menyahut cabaran kerajaan dalam menyediakan pakar-pakar dalam bidang multimedia kreatif dan inovasi ICT bagi menggerakkan industri permainan digital dalam menjana serta menerokai ekonomi yang bersifat futuristik," katanya kepada Kampus Uols.

Dr. Erni Marlina berkata, penubuhan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan Digital itu juga menyahut pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara ke arah transformasi dan penjenamaan budaya inovasi dalam konteks kreativiti, inovasi dan inventif.

Antara penuntut UPSI yang terlibat dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Digital.

Jelasnya, program yang ditawarkan ini memenuhi kehendak pasaran industri semasa dan UPSI merupakan satu-satunya universiti yang memberikan kelebihan kepada graduan yang bakal dilahirkan kerana bukan sahaja diberikan penekanan dari aspek pembangunan permainan perisian, tetapi juga mempunyai kekuatan dari aspek pendidikan yang amat diperlukan dalam pembangunan reka bentuk permainan digital.

"Bilangan mahasiswa yang mengikuti kelas ini kira-kira 130 orang sehingga Januari 2019 dan mereka akan mengikuti pengajian selama empat tahun serta latihan industri selama 24 minggu.

"Apabila tamat pengajian, graduan kursus ini boleh menjadi pereka atau pembangun permainan; pereka karakter permainan atau tekstur; pereka grafik; juru animasi atau pereka seni; pengurus projek pembangunan permainan; juruaturcara permainan; pereka konsep permainan; jurulatih pereka permainan atau penguji permainan; pemasar atau usahawan permainan; web master atau pereka audio dan mungkin boleh menjadi ahli akademik," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...