> SEL KL > Sarjana Muda Farmasi ditawar semula di UM bagi Sesi 2019/2010
Sarjana Muda Farmasi ditawar semula di UM bagi Sesi 2019/2010
BERNAMA Selasa | 12 Mac 2019

PUTRAJAYA - Program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) ditawarkan kembali di Universiti Malaya (UM) mulai sesi pengajian 2019/2020 selepas dihentikan tahun lepas, berikutan penubuhan Fakulti Farmasi diluluskan Lembaga Pengarah UM, kata Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, ia susulan saranan dan pandangan Lembaga Farmasi Malaysia bahawa program farmasi tidak wajar diberikan akreditasi tanpa adanya Fakulti Farmasi yang khusus.

Menurut kementerian itu, Lembaga Pengarah UM meluluskan penubuhan Fakulti Farmasi itu setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk pandangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Parlimen dan orang awam.

"Bagi tujuan itu, pihak UM juga telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk aspek tenaga pengajar dan kemudahan lain bagi membolehkan fakulti terbaharu itu beroperasi dalam waktu terdekat," menurut kementerian itu.

Kenyataan Kementerian Pendidikan menambah, permohonan ke Fakulti Farmasi UM juga akan dibuka bagi sesi kemasukan 2019/2020 dan dijangka 40 pelajar akan mengikuti program itu.

Selain Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), fakulti itu menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Penyelidikan) yang akan dipinda kepada Ijazah Sarjana Sains Farmasi (Penyelidikan) dan Ijazah Doktor Falsafah (Penyelidikan), katanya. - BERNAMA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...