> UTARA > Pelajar berhenti belajar dari universiti demi jaga ibu sakit, peroleh keputusan cemerlang STPM...
Pelajar berhenti belajar dari universiti demi jaga ibu sakit, peroleh keputusan cemerlang STPM...
BERNAMA Selasa | 12 Mac 2019

ALOR SETAR - Berhenti belajar dari universiti demi menjaga ibu yang menghidap strok tidak menghalang Muhammad Saniy Samsudin, 21, mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Muhammad Saniy yang sebelum ini belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam membuat keputusan meninggalkan menara gading itu pada 2017 dan menyambung belajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyiur, Jitra, dekat sini yang juga sekolah ibunya mengajar.

“Ibu saya yang juga seorang guru mengajar di sekolah itu dan mengalami strok pada 2013 menyebabkan dia perlu menjalani rawatan fisioterapi seminggu sekali dan bapa saya pula yang bertugas di sebuah universiti di Sintok kerap bertugas di luar kawasan.

Muhammad Saniy (tengah) menerima kucupan tahniah dari kedua ibu-bapanya selepas meraih PNGK 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam. FOTO: BERNAMA (2019)

“Ibu saya tidak dapat memandu kereta dan melihat kepayahan yang dialami, saya nekad berhenti belajar di UiTM dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah ibu mengajar supaya mudah kami berulang alik bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di sini.

Muhammad Saniy yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan itu berkata, walaupun sibuk menjaga ibu, Rozaina Saad, 50, namun dia berupaya membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran selain menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua pengawas di sekolah.

“Tidak sia-sia kita berbuat baik kepada ibu bapa kerana Allah akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan, saya sendiri mengakui sejak balik dan tinggal bersama ibu dan bapa hati saya lebih tenang dan saya yakin kejayaan ini datangnya dari reda seorang ibu.

Muhammad Saniy (depan, tiga kiri) bersama para pelajar cemerlang lain meraikan kejayaan meraih PNGK 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam. - FOTO: BERNAMA

“Saya juga berasa lega apabila kakak saya juga telah berjaya menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta di Shah Alam dan akan bersama-sama menjaga ibu sehingga pulih,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di luar negara.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Abd Aziz Selaiman ketika berucap pada majlis itu berkata, 54 pelajar di negeri ini memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan itu, meningkat berbanding 44 pelajar yang mencapai keputusan sama bagi tahun 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abd Aziz Selaiman (empat, kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Saniy (tiga, kanan). - FOTO: BERNAMA (2019)

“Jumlah calon yang lulus penuh bagi semua subjek menurun 0.35 peratus, iaitu daripada 3,313 calon pada 2017 kepada 3,029 calon, namun 40 daripada 59 pusat peperiksaan mencapai kelulusan 100 peratus,” katanya. - BERNAMA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...