> UTARA > Siapa sangka graduan UKM ini dilantik Ketua Polis Kedah baharu
Siapa sangka graduan UKM ini dilantik Ketua Polis Kedah baharu
BERNAMA Selasa | 12 Mac 2019

ALOR SETAR - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuatkuasa semalam.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Abd Rahim Jaafar yang menggalas jawatan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas antara mereka yang berlangsung hari ini di Dewan Tan Sri Khalid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Terdahulu, Noor Rashid memakaikan pingat kenaikan pangkat Komisioner Polis kepada Zainuddin sebelum menyerahkan surat pelantikan sebagai Ketua Polis Kedah.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) negeri di antara Datin Anikah Othman dan Datin Norrizah Nordin.

Zainuddin, 58, berasal dari Kuala Langat, Selangor mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1987 dan telah berkhidmat dalam pasukan itu selama 32 tahun.

Berucap pada majlis itu, Zainuddin yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Perak menzahirkan komitmennya untuk melaksanakan inisiatif dan program transformasi untuk pasukan polis di negeri ini selaras dengan aspirasi pucuk pimpinan PDRM.

“Saya akan teliti pencapaian kontinjen Kedah yang lepas bagi merangka program dan aktiviti yang sesuai untuk memastikan negeri ini terus menjadi tempat yang selamat buat pelancong dan penduduk di sini.

“Jadi, saya seru semua warga IPK Kedah untuk bergerak ke hadapan bagi memastikan PDRM terus relevan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk memerangi jenayah di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Abd Rahim, 58, pula berkata dalam tempoh lima bulan menggalas tugas Ketua Polis Kedah, kadar jenayah termasuk berkaitan dadah di negeri ini dapat dikurangkan selain menjaga hubungan baik antara rakyat dan polis. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...