> KELANTAN > Keputusan tolak 'lamaran' sambung diploma ternyata berbaloi bila anak mekanik ini cemerlang STPM
Keputusan tolak 'lamaran' sambung diploma ternyata berbaloi bila anak mekanik ini cemerlang STPM
HAZELEN LIANA KAMARUDIN Selasa | 12 Mac 2019

PASIR MAS - Amalan membaca surah Ar-Rahman setiap kali selepas solat Maghrib menjadi resipi kejayaan Nur Alia Sufina Che Mohd Sabri, 19, memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Nur Alia Sufina merupakan anak kepada mekanik, Che Mohd Sabri Awang Mat Salleh, 59, dan ibunya penjual nasi, Azimah Nawi, 49, memperoleh semua A dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Geografi.

Nur Alia Sufina berkata, bacaan Surah Ar-Rahman dijadikan sebagai amalan selepas diberi galakan oleh gurunya, Azizah Zakaria.

Sabri (duduk, tengah) bersama tiga pelajar yang mengharumkan nama SMK Sultan Ibrahim Dua apabila memperoleh keputusan 4A.

“Saya sama sekali tidak sangka berkat membaca surah Ar-Rahman ini menjadi salah satu rahsia memperoleh keputusan cemerlang. Terima kasih kepada guru saya yang tidak lokek berkongsi kelebihan surah ini,” katanya.

Abah, umi sumber inspirasi

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia turut menjadikan kedua ibu bapanya sebagai sumber inspirasi untuk cemerlang dalam pelajaran.

Katanya, disebabkan tidak sanggup melihat kedua orang tuanya membanting tulang dan mengerah keringat, dia nekad belajar bersungguh-sungguh.

Nur Alia Sufina bersama ibunya, Azimah.

“Setiap kali teringat abah dan umi, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Hasrat saya mahu mendapat pekerjaan lebih baik selepas ini bagi memastikan abah dan umi hidup selesa pada masa akan datang,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Dua ini berkata, dia pernah menolak tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menyambung pengajian di peringkat diploma selepas memperoleh keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nur Alia Sufina (tengah) menerima saguhati daripada pihak sekolah selepas memperoleh keputusan PNGK 4.0.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran itu semata-mata mahu meneruskan pengajian di peringkat STPM.

“Alhamdulillah pengorbanan memilih STPM berbaloi apabila memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Sebahagian pelajar SMK Sultan Ibrahim Dua yang memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM 2018.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...