> PERAK > PSAS, politeknik terbaharu guna transaksi tanpa tunai
PSAS, politeknik terbaharu guna transaksi tanpa tunai
BERNAMA Selasa | 12 Mac 2019

SLIM RIVER - Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) menjadi politeknik terbaharu kampus tanpa tunai di negara ini, menyusuli empat lagi politeknik yang melaksanakan inisiatif transaksi digital secara berperingkat.

Pengarah PSAS Dr Naimah Md Khalili berkata empat politeknik yang sudah berbuat demikian ialah Politeknik Ungku Omar di Ipoh; Politeknik Ibrahim Sultan (Pasir Gudang, Johor) ; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam, Selangor); dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Jitra, Kedah.

Katanya inisiatif tanpa tunai PSAS adalah menerusi kerjasama dengan Bank Rakyat dalam usaha institusi pendidikan tinggi tersebut memberi pilihan kepada penuntutnya, seiring perkembangan teknologi.

"Buat permulaan, inisiatif ini melibatkan transaksi pembelian di kedai koperasi dan selepas ini akan diperluas,” katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari ke lokasi ribut di politeknik itu di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Aziz semasa merasmikan Karnival Sains dan Teknologi 2019 (KaSTek19) peringkat kebangsaan di Dewan Muallim, PSAS, berkata amat penting untuk pelajar keluar daripada kebiasaan (zon selesa) bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.

"Elemen pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti perlu dikuasai dan dipraktikkan tidak hanya dalam ruang lingkup bilik kuliah, tetapi harus menjadi latar dalam semua aspek kehidupan.

"Justeru, golongan pelajar harus selalu bersedia untuk menerima perubahan serta mempelajari ilmu-ilmu baharu dalam meningkatkan diri untuk kemajuan peribadi, organisasi serta komuniti,” katanya.

Karnival tiga hari bertemakan ‘Sains dan Teknologi Melestarikan Kehidupan’ itu merupakan satu wadah dalam menyampaikan maklumat kehebatan sains dan teknologi terkini kepada pelbagai lapisan masyarakat. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...