> TEMPAT LEPAK > 6 destinasi terbaik nikmati pemandangan indah bunga sakura
6 destinasi terbaik nikmati pemandangan indah bunga sakura
AZIMAH GHAZALI Rabu | 13 Mac 2019

MUSIM sejuk bakal melabuhkan tirainya dan kini musim bunga bakal mengambil tempat. Wah! waktu inilah untuk kita menyaksikan pokok-pokok sakura berbunga. Pada masa ini juga rasanya peluang terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang-orang tersayang.

Walaupun negara Jepun dan bandar Washington, D.C, Amerika Syarikat (AS) merupakan lokasi paling terkenal bagi menikmati pemandangan bunga sakura, senario sama juga boleh didapati di beberapa lokasi lain di serata dunia.

Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian paling pesat, berkongsi tempat-tempat di Asia, AS dan Eropah untuk anda menikmati aktiviti tradisi hanami atau ‘menyaksikan mekarnya bunga’ dalam bahasa Jepun.

DIEN BIEN PHU, VIETNAM

DIEN BIEN PHU, VIETNAM

MASIH belum diketahui ramai, Pulau Hoa di Vietnam yang terletak di tengah-tengah Tasik Pa Khoang di sebelah timur bandar Dien Bien Phu adalah sebuah lokasi yang terbaik untuk melihat bunga sakura.

Tahukah anda bahawa tempat ini telah dipilih oleh saintis Vietnam, Dr Tran Le setelah beliau menjelajah ke setiap pelosok Vietnam untuk mencari tempat yang sesuai bagi menanam benih pokok sakura yang dihadiahkan oleh rakannya dari Jepun?

Menginap bersama keluarga anda di Hoang Anh Villa yang menampilkan kolam renang luar dan halaman yang luas untuk melakukan aktiviti hanami atau menyaksikan mekarnya bunga sakura.

JINHAE, CHANGWON, KOREA SELATAN

JINHAE, CHANGWON, KOREA SELATAN

PESTA Jinhae Gunhangie menarik sekurang-kurangnya dua juta pengunjung setiap tahun. Pesta musim bunga yang terbesar di Korea Selatan ini pada asalnya adalah sebuah upacara memperingati Laksamana Yi Sun-sin.

Nikmati pesta ini dengan bersiar-siar di Jambatan Romance yang indah yang mana bunga-bunga sakura berkembang di sepanjang Sungai Yeojwacheon dan di Stesen Keretapi Gyeonghwa. Pokok-pokok sakura tumbuh sejajar dengan landasan keretapi. Masa terbaik untuk mengunjungi tempat ini adalah pada bulan Mac sehingga April.

Terletak berhampiran dengan destinasi-destinasi yang wajib dikunjungi di sekitar kota ini. M-Stay Hotel Changwon merupakan tempat penginapan yang ideal bagi para pelancong yang ingin kekal sibuk sepanjang perjalanan mereka.

EDINBURGH, SCOTLAND

EDINBURGH, SCOTLAND

BAWA bekalan piknik dan kunjungilah The Meadows, di bandar Edinburgh, Scotland. Ambil tempat anda di salah sebuah bangku di bawah rimbunan pohon dan nikmati pemandangan indah bunga-bunga berwarna merah jambu sambil berehat. Rancang untuk meluangkan masa di luar rumah dengan membawa selimut dan novel kegemaran anda. Menginap di Radisson Blu Edinburgh di Royal Mile merupakan pilihan terbaik.

PARIS, PERANCIS

PARIS, PERANCIS

TIDAK banyak tempat di dunia ini yang romantik dan seindah kota Paris yang turut dikenali sebagai City of Lights. Pada setiap musim bunga, kawasan perumahan dan taman-taman di sekitar ibu negara Perancis ini akan dipenuhi oleh bunga-bunga sakura yang mempesonakan.

WASHINGTON D.C., AMERIKA SYARIKAT

WASHINGTON D.C, AMERIKA SYARIKAT

PESTA Kebangsaan Cherry Blossom yang berlangsung selama tiga minggu meraikan ketibaan musim bunga dan pada yang sama memberi penghormatan kepada kedua-dua budaya Amerika dan Jepun.

Sejumlah 3,000 pokok sakura yang terdapat di sini telah dihadiahkan oleh Datuk Bandar Tokyo, Yukio Ozaki pada 1912 dan menjadi satu lambang talian persahabatan di antara kedua-dua negara tersebut.

Nikmati pemandangan indah umpama lautan bunga sakura di Tidal Basin, dan bermalam di The Wink Hotel Washington D.C. Hotel ini yang terletak di tengah-tengah kota raya amat sesuai bagi pelancong yang ingin mengalami sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh kota yang meriah ini.

KYOTO, JEPUN

KYOTO, JEPUN

AKHIRNYA, kunjungilah negara Jepun, destinasi yang paling terkemuka di Asia yang merupakan tempat asalnya aktiviti hanami. Walaupun bunga sakura boleh didapati di mana-mana sahaja di negara Jepun, Kyoto mempunyai salah satu laluan jalan kaki yang terbaik termasuk di Philosopher’s Path, sebuah terusan yang diapit oleh ratusan pokok-pokok sakura. Sediakan bajet anda untuk terbang ke sana.

*Artikel ini dipetik daripada sisipan Sihat: Aktif terbitan Sinar Harian Rabu 13 Mac 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...