> > Kolej Komuniti Chenderoh rangkul kejuaraan keseluruhan di PIHEC 2019
Kolej Komuniti Chenderoh rangkul kejuaraan keseluruhan di PIHEC 2019

KUALA KANGSAR - Pasukan Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan Penang International Halal Chefs Challenge 2019 (PIHEC) yang berlangsung di Setia Spice Arena Pulau Pinang yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka juga bersaing dengan peserta antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan juga Myanmar serta peserta tempatan.

Bergambar kenangan pensyarah dan pelajar bersama piala dimenangi.

Kumpulan ini disertai seramai 11 orang pelajar Diploma Kulinari dan 2 orang pensyarah yang diketuai oleh Pensyarah Kulinari Khairul Ashikin Abdullah Suhaimi.

Kejayaan kali ini lebih manis selain membawa pulang 4 pingat emas, 6 perak, 6 gangsa dan 4 Diploma, mereka juga meraih pencapaian terbaik apabila pasukan ini apabila membolot 4 anugerah Most Outstanding daripada 6 yang dipertandingkan.

Pensyarah Kulinari Asyikin dan Hapiz bersama Piala Pasukan Terbaik Keseluruhan.

Selari dengan kejayaan itu, pasukan Kolej Komuniti Chenderoh telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan dengan membawa pulang tropi dan wang tunai RM2500.

Menurut Pensyarah Kulinari Khairul Ashikin Abdullah Suhaimi berkata, antara Pingat emas dimenangi pasukannya itu menerusi acara Tradisional Malay Cuisine, Modern Malaysian Cuisine, Individual Fruit Carving dan Display Fruit Carving.

Katanya, pingat perak melalui acara Laksa Malaysia dan individual fruit carving.

Fruit Carving yang dihasilkan oleh Nor Asyikin.

Menurutnya, pingat gangsa melalui acara Chinese Banquet Dinner 1st Course platter (hot & cold combination), Individual Fruit Carving dan Mee Goreng Challenge manakala Diploma pula melalui acara King of Tomyum, Chinese banquet dinner main course dan individual fruits carving.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama secara berpasukan dan juga galakkan serta sokongan daripada pihak pengurusan kolej sendiri.

"Untuk mencapai kejayaan ini mereka mengamalkan prinsip kerja berpasukan, berani cabar kemampuan diri, berani terima kritikan juri, belajar hormati kebolehan orang lain dan selebihnya tawakal dan doa," katanya.

Salah seorang peserta, Nor Asyikin Rambuan, 21, pelajar Diploma Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh berasal dari Nibong Tebal Pulau Pinang bersyukur kerana dianugerahkan Most Outstanding Penang International Halal Chef Artist Award 2019.

Katanya, dia mahukan supaya mesyarakat memandang tinggi akan peranan dan kemampuan Kolej Komuniti melahirkan pelajar yang berkebolehan dan berkualiti tinggi setanding dengan institusi lain dalam negara ini.

"Tambahan pula kerajaan sedang rancak memperhebatkan TVET dalam kalangan rakyat terutama generasi muda," katanya.

"Sepanjang belajar di kolej ini, saya dapat mempelajari selok belok bidang kulinari daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah kulinari satu hari nanti selain mahu terus menyambung pelajaran selepas tamat belajar di kolej ini.

Dalam nada sama, bekas pelajar Maahad Tahfiz Miftahul Ulum Hulu Langat, Mohd Anas Ibrahim, 21, yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini berhasrat untuk menjadi seorang chef yang bertaraf selebriti satu hari nanti.

Nor Asyikin dan Mohd Anas

Katanya, kerana itu juga dia telah Kolej Komuniti Chenderoh untuk mendalami ilmu kulinari kerana yakin dengan kemampuan pensyarah-pensyarah di sini.

Mengakui gementar kerana masih baru dalam bidang ini, dia menjadikan dua orang abangnya yang pernah belajar dalam bidang kulinari di kolej ini sebagai idola dirinya.

"Kedua-dua nya suka memasak dan menghias buah-buahan menjadikan dia tertarik untuk belajar dalam bidang ini.

"Saya berharap remaja di luar sana jangan malu untuk sambung belajar kerana perbuatan membuang masa adalah sangat tidak baik untuk masa depan mereka sendiri dan juga negara," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...