> JOHOR > Bila bunga pokok tekoma memenuhi Pekan Benut, bagaikan berada di Jepun pula...
Bila bunga pokok tekoma memenuhi Pekan Benut, bagaikan berada di Jepun pula...
NOR AZURA MD AMIN Rabu | 13 Mac 2019

PONTIAN - Suasana bagaikan musim bunga di Jepun atau Korea. Itulah yang berlaku di Pekan Benut, apabila pokok tekoma di tepi jalan mula berbunga dan berguguran sejak beberapa hari lalu.

Tarikan unik ini hanya dapat dilihat ketika pokok tekoma berbunga pada Mac dan April. Bunga tekoma berwarna merah jambu dan putih menghasilkan pemandangan indah dan mendapat perkongsian di laman sosial.

Tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Pentaphylla berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Namun di Malaysia ia dikenali sebagai pohon Cherry Blossom kerana bunganya yang lebat seperti sakura Jepun.

Bagi penduduk, Aziz Haron, 45, pokok tekoma cukup cantik ketika musim bunga di mana bunga akan berguguran membuatkan suasana seolah-olah seperti di luar negara beriklim sejuk.

Katanya, penduduk cukup bertuah kerana dapat melihat panorama bunga tekoma yang kini menjadi tarikan baharu Pekan Benut.

Pemandangan bunga tekoma berguguran di Pekan Benut.

“Tidak banyak tempat yang ada pokok tekoma. Pokok tekoma yang men jadi pokok teduhan di tepi jalan kini menghasilkan pemandangan cukup indah apabila ia berbunga. Kerana keindahan pokok ini, ramai yang bergambar dan kemudian dikongsi di laman sosial,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian turut mendapati selain di Pekan Benut pokok tekoma mula berbunga di Pekan Ayer Baloi dan laluan menuju ke Kukup.

POKOK TEKOMA

Pokok tekoma yang berbunga mekar di tepi jalan.

••Berbunga pada Mac dan April

••Nama saintifik Tabebuia Pentaphylla berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan

••Di Malaysia dikenali sebagai pohon Cherry Blossom kerana bunga lebat seperti sakura Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: 6 destinasi terbaik nikmati pemandangan indah bunga sakura


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...