> IKON > Tak sangka, jagung manis siswi UTHM ini dah ada pelanggan tetap...
Tak sangka, jagung manis siswi UTHM ini dah ada pelanggan tetap...

SETIAP orang punya minat dan kecenderungan tersendiri. Sama seperti Nadiah Nabilah Alwakil, 23. Bermula dengan menjual sushi yang diusahakan bersama kakaknya ketika di tingkatan dua, ternyata minatnya dalam bidang keusahawanan berterusan sehingga ke alam kampus.

Penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) ini bukan sekadar menjadikan bidang keusahawanan menjual makanan sebagai mengisi waktu luang bagi memenuhi minatnya semata-mata, sebaliknya juga sebagai pendapatan tambahan sepanjang pengajiannya.

Malah, pendapatan hasil usahanya inilah juga dijadikan modal perniagaan lain selain makanan seperti tudung dan barangan dapur yang dijual secara dalam talian.

“Selain di dalam kampus, saya juga bekerja sambilan pada cuti semester. Kadang-kadang saya buat ‘grab car’,” ujar Nadiah yang turut mempunyai gerai sendiri dinamakan Xynerva Ent. terletak di fakulti pengajiannya.

Selain jualan di gerai, Nadiah turut mengusahakan perniagaan secara online.

Kaji produk-produk berpotensi

Nadiah mengakui banyak menghabiskan masa di gerai yang menjual pelbagai jenis makanan bersama pekerjanya terutama apabila tiada kelas.

“Biasanya ketika berada di gerai, saya akan peruntukkan masa untuk buat assignment dan kerja-kerja lain,” katanya yang mempunyai 14 orang pekerja, kesemuanya pelajar dari pelbagai fakulti dan bidang pengajian.

Gerai Xynerva Ent. milik Nadiah yang menjual pelbagai jenis makanan.

Bagi memastikan produk di gerainya memenuhi cita rasa, menurut Nadiah, dia sentiasa mengkaji produk-produk yang berpotensi khususnya di pasaran kampus.

Antara produk jualannya yang sentiasa mendapat sambutan ialah pau dan jagung manis.

“Kedua-duanya merupakan jualan paling laris dan setiap semester meningkat penjualannya. Kami juga mempunyai ramai pelanggan tetap jagung manis dan pau ini. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka berinovasi. Saya juga mengimpikan untuk meneruskan perniagaan dengan produk-produk ciptaan dan jenama sendiri,” katanya lagi.

Jagung manis, antara produk di gerai Nadiah yang mendapat sambutan.

Anugerah Ahli Koperasi Cemerlang

Mengakui pernah melalui pengalaman pahit apabila mengalami kerugian, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan minatnya ini.

“Walaupun rugi dalam RM500, tetapi ia cukup besar nilainya bagi saya sebagai pelajar, apatah lagi ia adalah hasil titik peluh sendiri,” imbasnya.

Begitupun, tambah Nadiah yang pernah mendapat Anugerah Ahli Koperasi Cemerlang selain keputusan A dalam subjek Keusahawanan, dia masih beruntung kerana ada ketika memperoleh keuntungan tinggi di samping mempunyai pekerja yang setia dan bagus dalam menjalankan kerja mereka.

“Saya juga berpeluang menjalinkan hubungan baik bersama usahawan lain serta berkongsi ilmu perniagaan di samping memberi peluang kepada pelajar lain untuk sama-sama menjana pendapatan sampingan,” akhirinya.

Nadiah gemar membuat inovasi terhadap produk jualannya.

PROFIL:

Nama penuh: Nadiah Nabilah Alwakil

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian

Bidang keusahawanan diceburi: Makanan dan online


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...