> MLK N.9 > USIM berikan insentif khas kepada atlet cemerlang universiti
USIM berikan insentif khas kepada atlet cemerlang universiti
MOHD ZAINI OTHMAN Rabu | 13 Mac 2019

NILAI – Sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mencipta kejayaan dalam pertandingan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mereka akan diberi Insentif Khas Atlet Cemerlang. Berita gembira ini disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Rushdan Jailani semasa merasmikan pembukaan Sukan Fakulti (SUFA) 2019 pada baru-baru ini.

Menerusi Insentif Khas Atlet Cemerlang ini yang dipersetujui Pengurusan Universiti, mahasiswa yang mengharumkan nama universiti dan negara akan menerima potongan yuran pengajian mengikut jenis pingat yang dimenangi dan peringkat penganjuran sukan yang disertai.

Bagi atlet cemerlang atlet cemerlang di peringkat Sukan Kebangsaan dan Sukan Antara Universiti, atlet yang mendapat pingat emas diberi pengecualian yuran pengajian untuk satu semester. Penerima pingat perak dan gangsa masing-masing diberi 50 peratus dan 30 peratus pengecualian yuran pengajian untuk satu semester.

Profesor Madya Dr Rushdan Jailani.

Insentif lebih menarik bakal diterima bagi mahasiswa USIM yang meraih pingat di peringkat Asean, Asia, antarabangsa dan dunia. Sekiranya mahasiswa USIM berjaya menggondol pingat emas dalam mana-mana acara, pelajar berkenaan bakal menerima pengecualian yuran pengajian untuk tempoh tiga semester. Penerima pingat perak mendapat pengecualian yuran pengajian untuk dua semester manakala pemenang gangsa mendapat pengecualian satu semester.

Pengumuman ini ternyata disambut baik dan positif pelbagai pihak di USIM. Pusat Sukan USIM selaku jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan atlet-atlet USIM mewakili seluruh atlet merakamkan ucapan terima kasih atas pengiktirafan ini. Dengan insentif yang menarik ini ia diyakini akan melonjakkan lagi kecemerlangan atlet USIM di peringkat tertinggi.

Kumpulan atlet yang akan bersaing dalam SUFA 2019.

Pembukaan SUFA 2019 berlangsung penuh meriah apabila sekitar 1000 penonton hadir memberi sokongan kepada atlet dari fakulti masing-masing yang menyertai perarakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Sebanyak lapan pasukan akan berentap mewakili fakulti dan Pusat Tamhidi bermula 9 hingga 20 Mac ini dalam 15 acara yang dipertandingkan seperti bola sepak, sepak takraw, petanque dan bola jaring. Satu acara baharu turut diperkenalkan tahun ini iaitu bola keranjang 3 lawan 3.

Pada majlis pembukaan tersebut, para penyokong (ultras) dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dikenali QSgator dipilih ultras terbaik dan pasukan perarakan atlet gabungan Fakulti Sains dan Teknologi bersama Fakulti Kejuruteraan Alam Bina dikenali FBeasT dinobatkan johan perbarisan terbaik.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...