> > Ini penjelasan TNC UPSI berkenaan isu tular pemain bola jaring
Ini penjelasan TNC UPSI berkenaan isu tular pemain bola jaring
WARTAWAN KAMPUS UOLS. Rabu | 13 Mac 2019

TANJUNG MALIM - Penularan beberapa keping foto di laman media sosial mendapat teguran daripada PU Syed yang mahu institusi pengajian tinggi (IPT) lebih sensitif dengan isu golongan tersebut.

Ini susulan beberapa keping foto yang dimuatnaik oleh peserta pertandingan bola jaring di Pertandingan Persatuan Bola Jaring Kebangsaan dan Antarabangsa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkelakuan seperti wanita.

Antara teguran PU Syed PU yang mahu institusi pengajian tinggi (IPT) lebih sensitif dengan isu LGBT.

Berikutan itu, pihak UPSI tampil memberi penjelasan berkenaan isu itu tersebut.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr Md Amin Md Taff berkata sebelum ini, pihak Pusat Sukan bersama-sama Kolej Harun Aminurrashid dan kelab Bola Jaring UPSI telah menganjurkan pertandingan tersebut, di sini.

Katanya, syarat pertandingan adalah mengikut peraturan Pertandingan Persatuan Bola Jaring Kebangsaan dan Antarabangsa yang ditetapkan.

Foto yang dimuatnaik oleh peserta di laman media sosial miliknya.

Menurutnya, dalam pertandingan itu juga, pihaknya turut menganjurkan dua kategori utama dipertandingkan dalam kejohanan itu iaitu kategori wanita dan lelaki sepertimana yang kerap dilaksanakan dalam kejohanan bola jaring terbuka yang lain.

Jelasnya, pasukan yang dinamakan Transwomen United adalah pasukan luar dan bukannya dalam kalangan pelajar UPSI.

"Pasukan ini telah bertanding dalam kategori lelaki sepertimana nama setiap pemain yg tercatat dalam borang penyertaan mereka
"Selain itu, tiada kategori transgender atau LGBT yang dipertandingkan dalam kejohanan ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Kampus UOLS, hari ini.

Tegasnya, pihaknya juga memberikan bukti borang penyertaan dan borang kategori kemenangan yang menolak sekeras-kerasnya persepsi bahawa kumpulan ini bertanding dalam kategori transgender.

"Ini kerana, pihak UPSI sentiasa peka dengan isu LGBT selaras dengan pendirian kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Program Pertandingan Persatuan Bola Jaring Kebangsaan dan Antarabangsa 2019, Ariff Radin yang turut mewakili Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid berkata, pihaknya hanya menguruskan sepenuhnya acara itu pada 8 hingga 10 Mac sahaja.

Bukti yang dikemukakan oleh UPSI bahawa pasukan Transwomen bertanding dalam kategori lelaki terbuka.

Menurutnya, segala yang berlaku sebelumnya dari segi penyertaan dan syarat pertandingan adalah dari pihak Pusat Sukan dan Kelab Jumperz UPSI.

Jelasnya, pasukan yang dinamakan Transwomen United menyertai pertandingan dan masuk dalam kategori lelaki.

"Mungkin fizikalnya nampak sebegitu,tetapi mereka masuk mengikut kategori yang betul seperti dalam kad pengenalan mereka selain pasukan itu daripada luar dan bukannya dari UPSI sendiri.
"Seperti kita tahu, tapisan kumpulan dilakukan oleh Pusat Sukan UPSI dan pihak kami memohon setinggi tinggi kemaafan ke atas sebarang permasalahan yang berlaku dan UPSI sememangnya komited dalam menentang LGBT.
"Saya juga menegaskan bahawa tiada kategori kumpulan transwomen atau transgender dalam kejohanan ini selain pihak UPSI akan senaraihitam kumpulan tersebut pada kejohanan yang akan datang," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...