> SEL KL > UM dan UMW Toyota salurkan tenaga elektrik percuma ke kawasan pedalaman
UM dan UMW Toyota salurkan tenaga elektrik percuma ke kawasan pedalaman
CCO UM Rabu | 13 Mac 2019

SEKUMPULAN penyelidik Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr. Jeyraj Selvaraj bermula pada bulan Mac melaksanakan projek membekalkan tenaga elektrik ke kawasan pedalaman terpilih yang tidak menerima bekalan tenaga elektrik.

Projek yang menggunakan aplikasi teknologi termal fotovoltaik (PV/T) ini disumbangkan oleh UMW Toyota Sdn. Bhd. melalui sumbangan dana berjumlah RM 181,319 hasil kutipan jualan tiket dan derma bagi konsert muzik klasikal Toyota Classics yang telah diadakan pada 13 November 2018.

Kumpulan penyelidik yang bernaung di bawah University of Malaya Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC) ini telah menemui kaedah lebih efektif dalam melaksanakan projek janaan kuasa solar yang mana bahan kaca fleksibel dan bahan EVA dengan kecekapan lebih baik digunakan.

Ini menjadikan projek termal fotovoltaik ini memiliki kemampuan yang lebih baik berbanding termal fotovoltaik konvensional.

Selain daripada akses kepada tenaga elektrik, penduduk juga dapat menggunakan air panas tanpa sebarang kos tambahan hasil daripada projek ini.

Bagi memastikan sistem solar disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik, penduduk setempat akan dilatih mengenai aspek penyelenggaraan sistem yang telah dipasang. Tanpa suntikan dana yang mencukupi projek berimpak tinggi kepada masyarakat sebegini sukar untuk dilaksanakan.

Dana tersebut telah diserahkan melalui Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama dalam sebuah majlis pada 4 Mac lalu yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Noorsaadah Abd. Rahman.

Projek UM dengan sokongan UMW Toyota ini diyakini dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman, menjimatkan kos pembayaran elektrik dan pada masa sama sumber tenaga yang digunakan tidak mencemarkan alam sekitar.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...