> > Kajian UKM: "Pak cik harap biar lebih ramai warga emas sertai program ini..."
Kajian UKM: "Pak cik harap biar lebih ramai warga emas sertai program ini..."
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 14 Mac 2019

KUBUR DATU - Penduduk di sini menghargai peluang diberikan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila memilih kampung mereka sebagai lokasi kajian penyelidikan.

Difahamkan kajian penyelidikan perdana dijalankan itu bertujuan mengenal pasti jenis-jenis keuzuran kecelaan kognitif yang boleh baik pulih serta nilai prediktifnya terhadap kehadiran demensia serta pengantaranya dalam kalangan warga emas di negara ini.

Seorang penduduk, Mohad Nansir Zakaria, 67, berkata, kajian tersebut turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

“Sukalah kita orang kampung kalau ada program-program seperti ini, boleh periksa kesihatan, urusan pun mudah tak kena ke klinik. Pak cik harap kalau boleh biar lebih ramai warga emas dapat sertai program ini,” katanya.

Seorang lagi peserta, Zaharah Abdullah, 78 pula berkata, dia bersyukur terpilih menyertai kajian berkenaan sekali gus membolehkan peserta mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Salah seorang warga emas sedang menjalani sesi soal jawab.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...