> KELANTAN > Ini sebab pelajar UMK tak tinggal payung...
Ini sebab pelajar UMK tak tinggal payung...
SAPINAH AB GHANI Khamis | 14 Mac 2019

JELI - Payung dan botol air, dua perkara penting sentiasa dibawa oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli dalam menghadapi cuaca panas terik ketika ini.

Berdasarkan tindakan Sinar Harian di kampus tersebut, kebanyakan mereka menggunakan payung sepanjang hari bagi melindungi diri daripada terkena cahaya matahari, lebih-lebih lagi peningkatan cuaca di Jeli turut dilaporkan berada di tahap berjaga-jaga.

Seorang pelajar, Syahirah Hilmi, 22, berkata, cuaca yang membahang ketika ini menyebabkan dia sentiasa bertemankan payung selain menyediakan air dalam kapasiti lebih banyak daripada biasa.

“Memang sejak beberapa hari kebelakangan ini, panas sangat luar biasa, payung dan botol air antara yang perlu ada ketika ini untuk elak sebarang kemungkinan,” katanya.

Syahirah berkata, sebagai langkah berjaga-jaga juga, dia cuba mandi lebih daripada kebiasaan untuk memastikan suhu badannya sentiasa terkawal.

Seorang lagi pelajar, Zurairah Hamzah, 23, berkata, selain mengurangkan aktiviti luar, dia juga minum banyak air bagi memastikan ia cukup untuk menampung keperluan badannya.

“Payung dan air memang tak pernah tinggal. Selain itu saya juga minum lebih tiga liter air sehari bagi memastikan ia memenuhi keperluan badan,” katanya.

Pelajar-pelajar UMK Kampus Jeli masing-masing berpayung sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti strok haba.

Jelasnya, langkah berjaga-jaga itu perlu bagi memastikan kesihatannya tidak terganggu sekali gus membolehkan proses pembelajarannya berjalan dengan lancar.

Sementara itu, seorang pembantu kedai makan, Nor Samira Abdullah, 22, berkata, panas luar biasa ketika ini menyebabkan dia keletihan walaupun baharu beberapa jam memulakan rutin hariannya.

NOR SAMIRA

“Panas terik serta persekitaran yang kering menyebabkan badan hilang tenaga, lebih-lebih lagi jika air diminum tidak mencukupi. Adakala tuntutan kerja menyebabkan kita terlupa untuk minum lebih banyak air menyebabkan badan kelesuan,” katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan status gelombang haba tahap berjaga-jaga di empat daerah di negeri ini melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...